Monday 9 April 2012


Bab 3

Permintaan.

1.     Permintaan individu: kuantiti diminta oleh seorang individu terhadap suatu barang berdasarkan masa,harga dan tempat tertentu dipasaran.
2.     Permintaan pasaran : jumlah kuantiti diminta oleh semua individu dalam pasaran terhadap suatu barang pada tingkat masa,tempat dan harga tertentu dalam pasarann.
3.     Hukum permintaan : hukum permintaan menyatakan semakin tinggi harga suatu barang, semakin kurang kuantiti diminta barang tersebut dengan andaian ceterus perebus(factor-faktor lain tetap). Manakala, semakin rendah harga suatu barang, semakin banyak kuantiti barang yang diminta.

# wujud hubungan yang negative antara harga dan kuantiti diminta.


CONTOH SOALAN :
·        KENAPAKAH KELUK PERMINTAAN mencerun kebawah dari kiri ke kanan.

·        KENAPAKAH KELUK PERMINTAAN cerun negative.
·        KENAPAKAH WUJUD HUBUNGAN NEGATIF antara harga dan kuantiti diminta.
·        KENAPAKAH KELUK PERMINTAAN berbentuk sedemikian.


# BENTUK SOALAN YANG BERBEZA, TETAPI KONSEP JAWAPAN YANG SAMA.


JAWAPAN :

  1. kesan penggantian : Apabila harga suatu barang naik (contoh barang x) , jadi secara relatifnya harga barang tersebut lebih tinggi daripada harga barang penggantinya(contoh barang y), maka orang ramai akan kurang beli barang x dan akan menambah pembelian barang penggantinya iaitu barang y.
  2. kesan pendapatan benar : pendapatan benar ialah pendapatan yang diterima oleh seseorang individu untuk membeli barang dan perkhidmatan. Jika harga suatu barang naik, pendapatan benar jatuh kerana kuasa beli menurun, maka orang ramai akan mengurangkan permintaan barang tersebut dan sebaliknya jika harga turun.
  3. Hukum utiliti sut berkurang : semakin banyak barang digunakan, utiliti sut makin kurang, maka untuk menarik orang ramai membeli barang tersebut, harga barang perlu diturunkan.









No comments:

Post a Comment