Thursday 26 April 2012



Bab 3

·         DEFINISI PERMINTAAN : kemampuan membeli sesuatu jenis barang atau perkhidmatan pada suatu tingkat harga dan satu jangka masa tertentu.

·         HUKUM PERMINTAAN : Mengikut hukum permintaan , apabila harga rendah, kuantiti yang akan diminta bertambah dan sebaliknya, apabila harga barang diletakkan pada paras yang tinggi, kuantiti diminta akan berkurang.

Tajuk : permintaan individu dan permintaan pasaran.

Contoh soalan :

1.      Jelaskan / huraikan perbezaan diantara permintaan individu dengan permintaan pasaran. ( 6 MARKAH )

FOKUS :

·         Maksud

·         Bilangan  / kuantiti diminta

·         Kecerunan keluk permintaan

·         Maksud :

-          PERMINTAAN INDIVIDU : Kuantiti yang diminta oleh seseorang individu terhadap suatu pasaran barang berdasarkan masa, harga dan tempat tertentu di pasaran.

-          PERMINTAAN PASARAN :Jumalah  Kuantiti yang diminta oleh semua individu dalam pasaran terhadap suatu barang pada masa, tempat, harga tertentu di sebuah pasaran.

·         Bilangan / kuantiti diminta :

-          Bilangan kuantiti diminta individu lebih kecil kerana permintaan oleh seseorang individu BERBANDING kuantiti permintaan pasaran lebih banyak kerana campuran semua kuantiti individu yang ada dalam pasaran.

·         Keluk permintaan :

-          Keluk permintaan individu cerunnya lebih curam.

-          Keluk permintaan pasaran cerunnya lebih landai.



Bab 3.
Contoh soalan bahagian c :
1.      Apakah perbezaan diantara permintaan individu dengan permintaan pasaran ?  Bagaimanakah keluk permintaan pasaran diterbitkan ?
2.      Terbitkan keluk permintaan  pasaran.                                   
                                                                                    ( 10 markah ).

# Bentuk soalan yang berbeza tetapi bentuk jawapan yang sama.

FOKUS :

·         Maksud.
·         Jadual.
·         Rajah.
·         Huraian.
1.      Maksud :

- PERMINTAAN INDIVIDU : Kuantiti yang diminta oleh seseorang individu terhadap suatu pasaran barang berdasarkan masa, harga dan tempat tertentu di pasaran.
- PERMINTAAN PASARAN :Jumalah  Kuantiti yang diminta oleh semua individu dalam pasaran terhadap suatu barang pada masa, tempat, harga tertentu di sebuah pasaran.
2.      Jadual :
Harga barang x
( rm )
Kuantiti diminta A
( unit)
Kuantiti diminta B
(unit)
Kuantiti pasaran (unit)
Kombinasi
4
3
4
7
x
2
6
8
14
y

 
3.      Rajah.

keluk permintaan pasaran.
4.      Huraian :
o   Andaikan satu pasaran barang x terdiri daripada dua individu sahaja, iaitu individu A (dAdA) dan individu B ( dBdB). Pada tingkat harga rm 4, kuantiti barang x yang diminta oleh individu a ialah sebanyak 3 unit, manakala kuantiti barang x yang diminta oleh individu b pula ialah sebanyak 4 unit. Oleh itu, kuantiti diminta di pasaran pula sebanyak 7 unit ( 3unit + 4unit).. hal ini dapat ditunjukkan pada titik x , rajah c.
o   Apabila harga barang x jatuh dari rm 4 ke rm 2, maka kuantiti diminta  individu a bertambah dari 3 unit ke 6 unit. Begitu juga jumlah kuantiti yang diminta oleh individu b iaitu berlaku pertambahan dari 4 unit ke 8 unit. Oleh itu kuantit barang x yang diminta di pasaran ialah sebanyak 14 unit ( 6 unit + 8 unit ). Hal ini dapat ditunjukkan pada titik y , rajah c.
o   Apabila titik x dan y disambungkan, maka terbentuklah keluk permintaan pasaran ( dPdP ). Keluk permintaan pasaran bentuknya lebih landau daripada keluk permintaan individu A dan B yang lebih landau. Disamping itu, terbukti juga permintaan individu dan pasaran menepati hokum permintaan iaitu semakin tinggi harga suatu barang, maka semakin berkurang kuantiti atau jumlah barang yang diminta. Begitu juga sebaliknya, semakin rendah harga suatu barang, maka semakin bertambah jumlah atau kuantiti barang yang diminta.









No comments:

Post a Comment