Monday 30 January 2012

Petua Menjadi Pelajar Cemerlang Menurut Al-Quran.





Anda inginkan petua-petua untuk menjadi pelajar cemerlang walau di mana sahaja anda berada?
Apa kata kita renungkan kembali beberapa petua atau tips kejayaan yang telah Allah SWT titipkan di permulaan surah Al-Mu'minun, surah yang ke-23 di dalam lembaran Al-Quran.


01.Keyakinan, kepercayaan and keimanan kepada Allah SWT

"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman." [23:1]

Iman dan kejayaan disebut oleh Allah SWT dalam ayat yang sama. Maka imanlah faktor utama kejayaan. Dan keyakinan yang tinggi inilah yang akan melahirkan sikap positif yang bakal disebutkan dibawah.

02.Fokus, bersungguh-sungguh, sepenuh hati

"iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya." [23:2]

Lakukan satu-satu perkara dalam satu-satu masa. Jangan mencapah dan melayang fikiran ke sana ke mari. Lakukan dengan sepenuh hati, bukan sambil lewa.

03.Prioriti. Mengutamakan apa yang utama.

"dan orang-orang yang menjauhkan diri dari lagha (perbuatan dan perkataan yang tidak berguna)." [23:3]

Kebiasaannya dalam menghadapi musim peperiksaan yang penuh tekanan, kita cenderung untuk berehat dan menenangkan minda dengan hiburan, menonton drama, bersembang di Facebook dan seumpanya sehinggakan selalu sahaja melebihi daripada masa rehat yang telah kita peruntukkan.
Sebaik-baiknya kita mengoptimumkan penggunaan masa untuk belajar, dan mengisi masa rehat kita dengan perkara-perkara yang berfaedah seperti membasuh, melipat atau menggosok baju, bersenam untuk melancarkan perjalanan darah di dalam badan dan bermacam-macam lagi yang anda sendiri lebih sedia maklum.

Namun, sebaik-baiknya kita gunakan masa rehat itu untuk mengambil wudu', melakukan solat sunat dan membaca Al-Quran. InsyaAllah apabila kita lebih rapat dengan Allah SWT, jiwa kita akan lebih tenang dan ia akan banyak membantu dalam usaha kita mengulangkaji pelajaran.
Kita dikehendaki menghindarkan diri dari perbuatan mengumpat pensyarah/guru kerana perkara-perkara sebegini tidak mendatangkan faedah kepada masa depan anda, tidak menambahkan markah untuk kertas peperiksaan yang bakal/telah diduduki, malah boleh mendatangkan dosa dan kemurkaan Allah SWT.

04.Prihatin sesama kita

"dan orang-orang yang menunaikan zakat." [23:4]

Walaupun sedang berada di saat-saat genting, janganlah kita bersikap terlalu mementingkan diri, dan mengabaikan kawan-kawan yang lebih susah di sekeliling kita. Kongsilah apa yang termampu, samada ilmu, kertas-kertas soalan tahun lepas dan lain-lain. Sharing is caring.

05.Jaga hubungan antara lelaki dan perempuan

"dan orang-orang yang menjaga kehormatannya. kecuali terhadap isteri-isteri mereka, atau hamba yang mereka miliki, maka mereka (isteri dan hamba) dalam hal ini tiada tercela. Sesiapa yang mencari dibalik itu, mereka itulah orang-orang yang melampaui batas." [23:5,6,7]

Janganlah kita menggunakan alasan belajar untuk melanggari batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan ajnabi, misalnya dengan studi berdua-duan, kemudian pulang ke rumah berpimpin tangan, atau asal tertekan je mesti nak bergayut atau berchatting dengan kawan lelaki/perempuan anda.
Padahal Allah SWT kan sentiasa ada, sentiasa melindungi dan sentiasa menolong jika kita mencari dan meminta pada-Nya.

06.Jujur, amanah

" dan orang-orang yang memelihara amanah-amanah dan janjinya."[23:8]

Bukankah kita telah berjanji dengan pihak penaja dan ibu bapa kita untuk belajar bersungguh-sungguh? Lebih penting lagi, bukankah kita telah berjanji dengan Allah SWT untuk memanfaatkan peluang kehidupan sebagai seorang pelajar yang telah dipinjamkan-Nya kepada kita sebagai medan untuk kita mengutip ilmu, pengalaman dan pahala buat bekalan di akhirat sana?
Elakkan menipu ketika peperiksaan. Andai penjaga peperiksaan meminta kita berhenti menulis kerana masa sudah tamat, jangan pula kita terus menulis. Sebaliknya sebutlah "Bismillahi tawakkaltu 'ala Allahi wala haula wala quwwata illa billahil 'azim."

07.Tepati waktu

"dan orang-orang yang memelihara solatnya." [23:9]

Konsep yang boleh diambil dalam konteks kehidupan seorang pelajar Muslim ialah supaya sentiasa belajar dengan berdisiplin, menepati masa, tidak berlengah-lengah, menjaga kualiti dan produktiviti harian kita. Jika sebelum ini kita diingatkan supaya berhenti menulis apabila tamat masa peperiksaan, kita juga perlu memulakan perjuanganan kita dalam pelajaran dan peperiksaan seawal yang mungkin. Memelihara solat lima kali sehari setiap hari juga mengajar kita untuk tidak berputus asa atau berpatang arang di pertengahan jalan.

Namun janganlah kita hanya mengaplikasikan konsep-konsep ini untuk akademik semata-mata. Penekanan utama dalam ayat tersebut supaya kita menjaga hubungan kita dengan Allah SWT kerana kita akan kembali mengadap-Nya dengan amal-amal kita, bukan dengan berapa gulung ijazah yang berjaya kita perolehi. Belajar dan ijazah hanyalah alat untuk kita mencapai keredhaan Allah SWT dan merebut peluang mewarisi syurga-Nya.

" Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi. Iaitu yang akan mewarisi Syurga Firdaus. Mereka kekal didalamnya." [23:10,11]

" ....Maka di antara manusia ada yang berdoa: 'Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia.' Dan tiadalah baginya bahagian di akhirat."[2:200]

"Dan di antara mereka ada orang yang berdoa: Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari seksa neraka." [2:201]

"Mereka itulah orang-orang yang mendapat bahagian dari apa yang mereka usahakan dan Allah sangat cepat perhitungannya." [2:202]
-

Thursday 26 January 2012

Bab 2

B. sistem ekonomi komunisme @ perancangan pusat.



Nama : karl marx.
                                                   Tokoh komunisme.

sistem ekonomi komunisme
maksud : sistem ekonomi yang sentiasa kerajaan campur tangan dalam membuat keputusan ekonomi. contohnya ialah korea utara,china,russia dan cuba.

Ciri-ciri :
  • pemilikan sumber pengeluaran : tidak wujud kebebasan memiliki sumber pengeluaran. contoh,pengeluar tidak bebas memiliki faktor pengeluaran tanah.
  • penentuan harga : harga barang dan faktor pengeluaran ditentukan oleh kerajaan. maka harga biasanya rendah.
  • campurtangan kerajaan dan pembuat keputusan ekonomi : dalam sistem ekonomi komunisme, kerajaan membuat keputusan sepenuhnya dalam pembuat keputusan ekonomi.
  • pilihan barang : individu tidak bebas memilih barang dan perkhidmatan untuk memaksimumkan kepuasan, pengeluar tidak bebas memiliki faktor pengeluaran.
Huraikan cara-cara sistem ekonomi perancangan pusat menyelesaikan masalah asas ekonomi.

  • Berapa banyak barang yang hendak dikeluarkan : ditentukan  kerajaan berdasarkan bancian oleh badan perancangan pusat.
  • Bagaimana barang yang hendak dikeluarkan : Ditentukan oleh kerajaan. biasanya berdasarkan keadaan dan keperluan ekonomi. jika penganguran tinggi, maka kerajaan menetapkan berdasarkan kaedah intensif buruh agar penganguran berkurang.
  • Untuk siapa barang yang hendak dikeluarkan : Ditentukan oleh kerajaan berdasarkan bancian perancangan ekonomi. biasanya kerajaan akan memastikan semua rakyatnya mendapat keperluan asas.
Kebaikan sistem ekonomi komunisme.
  • Agihan pendapatan yang lebih adil dan samarata. hal ini kerajaan campur tangan akan menyebabkan ekonomi kurang berlaku penindasan, menyebabkan jurang pendapatan yang tidak luas.
  • Kebajikan masyarakat ditahap maksimum. Harga barang yang ditentukan oleh kerajaan biasanya rendah kerana pengeluaran barang menggunakan skala besar-besaran,maka kos perunit barang rendah. kebajikan masyarakat ditahap maksimum.
  • Kestabilan ekonomi : Perancangan dan kawalan oleh kerajaan dalam ekonomi menyebabkan masalah inflasi dan peganguran tidak begitu ketara. ekonomi lebih stabil.
Keburukan sistem ekonomi komunisme.
  • Pilihan adalah terhad : individu tidak bebas memilih barang, tidak memaksimumkan kepuasan,maka kebajikan masyrakat terhad.
  • Silap membuat keputusan : keputusan ekonomi dibuat oleh segelintir individu dalam masyarakat kadang-kadang membuat keputusan yang silap.
  • Kurang motivasi dan inovasi : Pengeluar tidak bebas memaksimumkan untung, pengguna tidak bebas memaksimumkan kepuasan menyebabkan pengeluar kurang motivasi dan inovasi untuk meningkatkan mutu barang. kebajika masyrakat menurun.

Sunday 22 January 2012

Bab 2 : sistem ekonomi.


Bab 2 : sistem ekonomi di dunia.

A. sistem ekonomi kapitalis.
  • sistem ekonomi yang tiada campur tangan kerajaan dalam membuat keputusan ekonomi. contoh negara britain, united states.
ciri-ciri sistem ekonomi kapitalis.
  • pemilikan sumber pengeluaran : individu dan pengeluar bebas memiliki sumber pengeluaran. contoh,pengeluar bebas memiliki sumber pengeluaran tanah.
  • penentuan harga : harga barang dan faktor ditentukan oleh mekanisme harga iaitu kuasa permintaan dan penawaran dalam pasaran.
  • campur tangan kerajaan dan pembuat keputusan ekonomi : dalam sistem ini kerajaan tidak campur tangan dalam membuat keputusan ekonomi.
  • motif atau tujuan ekonomi : individu bebas memaksimumkan kepuasan dari pengguaan barang, pengeluar bebas memaksimakan untung dan meminimakan kos.
* soalan ini biasanya dalam bahagian B dan markah yang diberi 6 markah. cukup sekadar tiga isi.

Cara-cara sistem ekonomi kapitalis menyelesaikan masalah asas ekonomi.

  • apakah jenis barang yang hendak dikeluarkan : berdasarkan mekanisme harga iaitu kuasa permintaan dan penawaran dalam pasaran. contoh, jika orang ramai meminta kasut sukan, maka barang yang ditawarkan juga adalah kasut sukan.
  • berapa banyak barang yang hendak dikeluarkan :  berdasarkan mekanisme harga. barang yang diminta akan banyak dikeluarkan dan barang yang kurang diminta kurang dikeluarkan.
  • bagaimana barang yang hendak dikeluarkan : pengeluar bebas memilih kaedah barang dikeluarkan samada intensif buruh atau mesin. selalunya pengeluar akan memilih teknik pengeluaran yang paling cekap,kos paling minima dan untung paling maksima serta sesuai bagi barang yang hendak dihasilkan.
  • untuk siapa barang yang hendak dihasilkan : bergantung kepada agihan pendapatan dan kuasa beli masyarakat. barang yang dikeluarkan dijual kepada yang berkemampuan. maka biasanya golongan kaya yang akan dapat lebih banyak barang.
Huraikan kebaikan sistem ekonomi kapitalis.
  • kebaikan daripada persaingan bebas : pengeluar bebas untuk bersaing untuk menarik pembeli. hal ini menyebabkan mutu barangan akan meningkat akibat daripada persaingan yang sihat antara pengeluar yang selalu membuat inovasi.
  • kebajikan masyrakat meningkat : pengguna bebas memilih barang dan menyebabkan kepuasan pada tahap maksima,maka kebajikan masyrakat akan meningkat.
  • peningkatan teknologi dan inovasi : pengeluar bebas memaksimumkan untung,maka untug akan menggalakan firma melakukan penyelidikan dan pembangunan (R&d). disamping itu firma juga akan melakukan inovasi untuk menarik pelanggan.
Huraikan kelemahan sistem ekonomi kapitalis.
  • jurang perbezaan pendapatan yang ketara : oleh sebab tiada campur tangan dalam sistem ekonomi kapitalis, maka golongan kaya menjadi semakin kaya dan miskin sangat miskin kerana ekonomi dikuasai oleh orang kaya.
  • menggalakkan kuasa monopoli : firma yang besar mampu menjual barang dengan harga yg rendah kerana kos perunit barang rendah(membeli faktor pengeluaran secara pukal dan kos pengeluaran rendah). hal ini menyebabkan firma kecil tidak dapat bersaing dan firma besar memonopoli pasaran.
  • ketidakstabilan ekonomi : mekanisme harga menyebabkan harga barang selalu turun naik. hal ini menyebabkan ekonomi tidak stabil kerana kenaikan harga menyebabkan inflasi, penurunan harga menyebabkan deflasi (kemelesetan ekonomi).
Soalan stpm :
  1. huraikan tiga ciri sistem ekonomi laiser fair.( 6 markah )
  2. huraikan tiga ciri keburukan dan tiga ciri kebaikan sistem ekonomi kapitalis. (10 markah )
Bab 1 : Huraikan masalah ekonomi yang dihadapi oleh individu, kerajaan dan firma.

A. INDIVIDU.
  • Pertama : kekurangan - individu mengalami masalah kekurangan pendapatan ataupun wang untuk membeli semua barang dan perkhidmatan yang dikehendaki. contohnya barang a dan barang b.
  • kedua : pilihan - maka individu tersebut akan membuat pilihan sama ada untuk membeli barang a atau barang b. pilihan tersebut berdasarkan memaksima kepuasan dengan memilih barang mengikut keutamaan atau kemampuan kerana pendapatan tidak mencukupi. maka individu tersebut akan memilih barang a.
  • Ketiga : kos lepas - timbul masalah ekonomi yang ketiga iaitu kos lepas. kos lepas individu ialah jumlah pilihan barang kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan.
B. KERAJAAN.
  • Pertama : kekurangan - kerajaan kekurangan hasil atau pendapatan untuk melaksanakan semua projek pembagunan. contohnya ialah hospital dan sekolah.
  • Kedua : pilihan - oleh itu,kerajaan perlu membuat pilihan samada untuk memilih projok pembinaan hospital atau sekolah dengan mengikut keutamaan,kemampuan supaya kebajikan masyarakat dapat dimaksimakan.
  • Ketiga : kos lepas - maka jika kerajaan memilih projek pembangunan hospital,maka kos lepasnya ialah sekolah. kos lepas kerajaan ialah projek kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan kerana terpaksa memilih projek yang terbaik.
C. FIRMA.
  • Pertama : kekurangan -firma mengalami kekurangan sumber pengeluaran atau faktor pengeluaran untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan. contoh antara buruh dengan mesin.
  • Kedua : pilihan - maka timbul masalah kedua iaitu pilihan. firma wajib memilih faktor yg akan diguna berdasarkan kecekapan, kesesuaian, dan kos pengeluaran yang paling minima.
  • Ketiga : kos lepas - jika faktor mesin yang dipilih,maka kos lepasnya ialah buruh. kos lepas bagi firma ialah pilihan faktor pengeluaran kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan kerana memilih faktor pengeluaran terbaik.
Bab 1 : Faktor-faktor pengeluaran.
           : Buruh (B), Tanah (T), Modal (M), Usahawan (U).

A. BURUH.
  • Buruh ialah individu yang menyumbangkan tenaga fizikal dan mental dalam proses pengeluaran.
  • Ganjaran kepada buruh ialah upah.
  • Terdapat dua kategori buruh , iaitu :
1. Buruh mahir : mendapat pendidikan yang tinggi (ijazah) dan latihan kemahiran dan ikhtisas.
2.Buruh tidak mahir : mendapat pendidikan rendah , spm dan tidak mendapat latihan ikhtisas.

B.TANAH.
  • Tanah ialah anugerah alam semulajadi ciptaan tuhan yang berada diatas permukaan bumi dan juga dalam bumi.
  • Ganjaran kepada tanah ialah sewa.
  • Maka sumber tanah temasuklah garam galian, bijih timah, ikan dilautan.
C. MODAL.
  • Modal ialah alat yang digunakan untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan.
  • pulangan kepada modal ialah faedah dan bunga.
  • Terdiri 2 modal iaitu :
1. Modal fizikal : jentera,kilang dan kenderaan.
2. Modal cair : wang.

D. USAHAWAN.
  • Individu yang mengabungkan semua faktor pengeluaran yang lain iaitu buruh,tanah dan modal dalam proses pengeluaran.
  • pulangan kepada usahawan ialah untung.
  • Usahawan perlu menanggung risiko perniagaan.
Soalan stpm : Huraikan 4 ciri faktor pengeluaran .
                    ( 6 markah ).



BAB 1 : Pengenalan.

Maksud Ekonomi : satu kajian sains sosial tentang bagaimana sesebuah masyarakat memperutukkan faktor-faktor pengeluaran yang terhad berbanding kehendak manusia yang tidak terhad.

Kehendak manusia : keinginan kepada barang dan perkhidmatan.

1. JENIS-JENIS BARANG.

A. Barang percuma :
  •  barang anugerah alam semulajadi ciptaan tuhan a.k.a allah swt.
  • penawaranya tidak terhad iaitu sangat banyak.
  • tidak ada harga iaitu tidak dikenakan sebarang harga.
  • tidak wujud kos lepas.
  • contoh : air laut, udara, cahaya matahari
B. Barang awam
  • barang awam biasanya disediakan oleh pihak kerajaan.
  • penawaranya terhad dan sedikit.
  • tidak dikenakan bayaran,jika dikenakan hanya sedikit sahaja.
  • tidak tertakhluk kepada prinsip pengecualian iaitu sesiapapun tidak ada hak untuk melarang menggunakan barang awam.
  • wujud kos lepas.
  • contoh : lampu jalan.
C. Barang Ekonomi.
  • biasanya disediakan oleh pihak swasta.
  • penawaranya terhad.
  • ada harga iaitu dikenakan bayaran terhadap barang yang digunakan.
  • tertakhluk kepada prinsip pengecualian iaitu sesiapa yang membayar mempunyai hak ke atas barang tersebut.
  • wujud kos lepas.
  • contoh : pen, basikal.

SOALAN STPM :
  1.  Berikan maksud ekonomi.
  2. Huraikan ciri-ciri barang ekonomi,awam dan swasta.
  3. Bezakan antara barang awam dan barang ekonomi.
  4. Bezakan antara air mineral dan air sungai.

PeNgEnAlAn..


ASALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA kepada semua yang mengenali saya. selamat datang ke dunia MIKROEKONOMI. Mulai saat ini, 22 januari 2012,saya MUHD NUR FAEDZ BZA akan berkongsi sedikit ilmu kepada rakan-rakan mengenai Mikroekonomi.semoga mendapat A dalam STPM.