Thursday 1 March 2012

Bab 2.

soalan : Nyatakan sebab / tujuan kerajaan membuat dasar campurtangan dalam sistem ekonomi.

  • menyediakan barang awam : penyediaan barang awam memerlukan kos yang besar dan tidak menguntungkan, maka pihak kerajaan terpaksa menyediakan barang awam walaupun tidak menguntungkan tetapi amat penting kepada masyarakat. contoh hospital kerajaan dan sekolah kerajaan.
  • merapatkan jurang perbezaan pendapatan :  kerajaan akan mengenakan cukai kepada orang kaya dan memberikan subsidi kepada orang miskin. maka perbezaan pendapatan dapat dikecilkan.
  • menghapuskan kesan luaran / eksternaliti negatif : kerajaan melaksanakan undang-undang untuk hapuskan kesan luaran negatif seperti pencemaran. contoh, akta alam sekitar.
  • mengelakkan kuasa monopoli : kerajaan perlu campurtangan dalam ekonomi kerana kesan daripada mekanisme harga di pasaran. wujud kuasa monopoli yang meletakkan harga lebih tinggi terhadap barang. maka kebajikan rakyat dapat ditingkatkan
  • mewujudkan kestabilan ekonomi :  ekonomi pasaran bebas / kapitalis gagal mewujudkan ekonomi yang stabil. keadaan ekonomi yang melambung dan meleset selalu berlaku. kerajaan campurtangan melalui dasar fiskal dan kewangan supaya menjamin pertumbuhan ekonomi yang stabil.

No comments:

Post a Comment