Thursday 1 March 2012

BAB 2

SISTEM EKONOMI ISLAM.

soalan : Huraikan ciri-ciri sistem ekonomi islam dan keunikan sistem ekonomi islam.

  1. Pemilikan sumber pengeluaran : individu dan pengeluar bebas memiliki sumber pengeluaran. misalnya, pengeluar bebas memiliki faktor pengeluaran tanah tetapi sumber tertentu yang penting dimiliki oleh pihak kerajaan. namun, sumber sepenuhnya milik mutlak Allah swt , manusia hanya pemegang amanah sahaja.
  2. Penentuan harga : harga barang swasta dan faktor ditentukan oleh mekanisme harga iaitu kuasa permintaan dan penawaran. tetapi harga yang dikenakan hendaklah tidak menindas pengguna. harga barang awam pula hanya ditentukan oleh pihak kerajaan.
  3. Campurtangan kerajaan dan pembuat keputusan ekonomi : dalam sistem ini, kerajaan campurtangan dalam membuat keputusan ekonomi. contoh, menetapkan harga barang tertentu seperti tepung dan gula.
  4. Motif atau tujuan ekonomi : individu bebas memaksimumkan kepuasan daripada penggunaan barang, tetapi digalakkan bersederhana. pengeluar pula bebas memaksimumkan untung tetapi tidak menindas dan meminimakankos tetapi kebajikan masyrakat perlu dijaga. walaubagaimanapun, matlamat sebenar ialah kebahagiaan didunia dan akhirat.

No comments:

Post a Comment