Thursday 1 March 2012

 Bab 2.

SISTEM EKONOMI CAMPURAN.

soalan : Huraikan ciri-ciri sistem ekonomi campuran.

  • Pemilikan sumber pengeluaran : individu dan pengeluar bebas untuk memiliki sumber pengeluran, contoh pengeluar bebas memiliki faktor pengeluaran tanah. tetapi sumber pengeluaran tertentu dimiliki oleh pihak kerajaan.
  • Penentuan harga : harga barang swasta dan faktor pengeluaran ditentukan oleh mekanisme harga iaitu kuasa permintaan dan penawaran. Harga barang awam ditentukan oleh pihak kerajaan.
  • Campurtangan kerajaan dan pembuat keputusan ekonomi. : dalam sistem ini, kerajaan campur tangan dalam membuat keputusan ekonomi. contoh, menetapkan harga tertentu melalui dasar harga siling dan lantai.
  • motif atau tujuan ekonomi : individu bebas memaksimumkan kepuasan dari penggunaan barang, pengeluar bebas bebas memaksimakan untung dan meminimakan kos. kerajaan akan memaksimakan kebajikan masyarakat.
  • pilihan barang : individu bebas memilih barang dan perkhidmatan untuk memaksimakan kepuasan, pengeluar bebas memilih faktor pengeluaran untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan.
soalan : huraikan bagaimana sistem ekonomi campuran menyelesaikan masalah asas ekonomi ?

1. Apakah jenis barang yang hendak dikeluarkan?
- barang awam : ditentukan oleh pihak kerajaan berdasarkan bancian oleh badan perancangan ekonomi.
-barang swasta : berdasarkan mekanisme harga iaitu kuasa permintaan dan penawaran di pasaran. oleh itu, barang yang diminta akan dikeluarkan oleh firma. contoh, jika almari diminta di pasaran, maka almari akan dikeluarkan oleh firma.

2. Berapakah barang yang hendak dikeluarkan ?
- barang awam :  ditentukan oleh pihak kerajaan berdasarkan bancian oleh badan perancangan ekonomi.
- barang swasta : berdasarkan mekanisme harga iaitu kuasa permintaan dan penawaran di pasaran. barang yang diminta banyak,maka firma akan mengeluarkan kuantiti yang banyak. manakala, barang yang diminta sedikit, firma akan mengeluarkan dengan sedikit.

3. Bagaimana barang hendak dikeluarkan.
- barang awam : ditentukan oleh kerajaan. biasanya berdasarkan keadaan dan keperluan ekonomi. jika penganguran tinggi, maka pihak kerajaan akan menggunakan kaedah intensif buruh supaya penganguran kurang.
-barang swasta : pengeluar bebas memilih kaedah barang yang dikeluarkan sama ada intensif buruhatau modal. biasanya firma akan memilih kaedah yang paling cekap,kos paling minima,untung paling maksima dan sesuai bagi barang yang dihasilkan

4. Untuk siapa barang yang dikeluarkan.
-barang awam : ditentukan oleh kerajaan berdasarkan bancian oleh badan perancangan ekonomi. biasanya, kerajaan akan memastikan semua rakyatnya mendapat keperluan asas.
-barang swasta : bergantung kepada agihan pendapatan dan kuasa beli masyrakat. barang dikeluarkan dijual kepada yang berkemampuan , maka biasanya golongan kaya yang akan mendapat lebih barang.




No comments:

Post a Comment