Bab 3.
Penawaran.
·
DEFINISI PENAWARAN INDIVIDU : kuantiti barang yang sanggup
ditawarkan (barang x) oleh seseorang pengeluar pada masa, tempat dan tingkat
masa tertentu.
·
DEFINISI PENAWARAN PASARAN : jumlah kuantiti barang yang
sanggup ditawarkan oleh semua pengeluar terhadap suatu barang pada masa, tempat
dan tingkat harga tertentu.
·
HUKUM PENAWARAN : Semakin tinggi tinggi tingkat
harga suatu barang/produk, semakin bertambah kuantiti barang yang ditawarkan
oleh pengeluar. Hukum penawaran menyatakan bahawa harga dan kuantiti barangan
yang ditawarkan berhubungan secara positif.
Soalan :
1. Bagaimanakah keluk penawaran pasaran diterbitkan ?
FOKus :
·
Definisi
penawaran pasaran.
·
Jadual.
·
Rajah.
·
Huraian.
1. Definisi penawaran pasaran : jumlah kuantiti barang yang sanggup ditawarkan oleh semua
pengeluar terhadap suatu barang pada masa, tempat dan tingkat harga tertentu.
2.
Jadual :
Harga
barang J
(unit)
|
Kuantiti
ditawar firma a (unit)
|
Kuantiti
ditawar firma b (unit)
|
Kuantiti
ditawar pasaran (unit)
|
Kombinasi.
|
3
|
2
|
4
|
6
|
y
|
6
|
4
|
8
|
12
|
z
|
3.
Rajah.
4.
Huraian.
·
Huraian
rajah asal : berdasarkan rajah , SaSa ialah keluk penawaran firma a, SbSb,
keluk penawaran firma b, SpSp keluk penawaran pasaran. Keluk penawaran pasaran
diperoleh dengan mencampurkan secara mendatar keluk penawaran individu dengan
contoh kira-kira di jadual.
·
Contoh,
pada harga rm 3, firma a menawarkan 2 unit barang j, manakala firma b
menawarkan 4 unit barang j. oleh itu, penwaran di pasaran adalah sebanyak 6
unit ( 2 unit + 4 unit) barang j. Hal
ini dapat dilihat pada titik y , rajah c.
·
Apabila
berlaku peningkatan harga dari rm 3 ke rm 6, berlaku pertambahan penawaran. Hal
ini dapat dilihat, pada tingkat harga rm 6 firma a menawarkan sebanyak 4 unit (
berlaku peningkatan sebanyak 4 unit). Manakala, firma b menawarkan sebanyak 8
unit ( berlaku peningkatan sebanyak 4 unit). Oleh itu, penawaran pasaran adalah
sebanyak 12 unit ( 4 unit + 8 unit) barang j. hal ini dapat dilihat pada titik
z , rajah c.
·
Apabila
titik y dan z disambungkan, maka terbentuklah keluk penawaran pasaran barang j
(unit) SpSp.
·
Kesimpulanya,
peningkatan harga barang j mematuhi hukum penawaran iaitu apabila berlaku
peningkatan tingkat harga, maka kuantiti yang ditawarkan turut bertambah oleh
firma. Hubungan positif antara harga dan kuantiti yang ditawarkan.
No comments:
Post a Comment