Assalamulaikum wbt dan salam ukhwah, ruangan ini saya sedikan tips menjadi pelajar dinamik dalam dunia dan akhirat.
ISLAM adalah agama yang lengkap dan sempurna, agama progresif dan dinamik yang 
amat menggalakkan agar umatnya berjaya di dalam kehidupan di dunia dan di 
Akhirat.
Sebelum memburu kejayaan yang dicita-citakan perkara penting 
yang perlu diperhatikan adalah membina dahulu cemerlang dalam akhlak dan 
keperibadian dan perhubungan sesama manusia. Seorang insan perlulah berusaha dan 
memenuhi syarat ini terlebih dahulu, barulah ia akan jadi pelengkap kepada 
kejayaan.
Apakah ciri-ciri kejayaan yang di pelopori oleh pejuang dan 
cendikiawan Islam yang telah berjaya memberi sumbangan yang besar ke atas 
kehidupan manusia? Bolehlah kita mengambil contoh kejayaan tokoh-tokoh Islam 
terdahulu dari sudut personaliti,keluarga, kerjaya, agama, ketamadunan, politik 
dan ekonomi.
Kejayaan mereka menguasai ilmu dan mempraktikan ilmu yang 
dimiliki, telah terbukti dalam sejarah Islam, ianya telah mencipta sejarah 
kecemerlangan hingga di guna pakai sehingga ke hari ini. Tokoh-tokoh yang telah 
berjaya ini mempunyai sifat cemerlang yang tiada tolak bandingnya. Terdapat 
beberapa ciri penting sifat kecemerlangan mereka ialah :
1.Niat yang Betul.
Rasulullah s.a.w 
bersabda yang bermaksud, “ Setiap amalan adalah dengan niat.” (Riwayat Bukhari 
dan Muslim daripada Sayyidina Umar al-Khattab)
Oleh itu kalian harus 
sentiasa memasang dan membetulkan niat sebelum memulakan apa jua pekerjaan, 
samaada yang berbentuk ibadah atau pun amal kebiasaan. Niat ini adalah 
semata-mata untuk mencari keredhaan Allah s.w.t.
2.Ada Wawasan dan Matlamat.
Kalian perlulah 
meletakkan wawasan dan matlamat dalam hidup. Matlamat bersih dan jalan untuk 
mencapai matlamat tersebut juga mesti bersih. Kalian tidak boleh menggunakan 
kaedah, ‘Matlamat boleh menghalalkan cara’. Kalian terikat dengan peraturan dan 
hukum Islam. Matlamat dunia kalian mestilah berkaitan dengan kehidupan di 
akhirat.
3.Berani dan Sanggup 
Berkorban.
Tokoh-tokoh Islam terdahulu sanggup untuk bersusah 
payah menuntut ilmu bermusafir beribu-ribu batu untuk berguru dengan guru-guru 
mursyid. Sultan Sallehudin al-Ayubi berjuang berkali-kali baru dapat mengalahkan 
tentera Salib dan menawan semula Palestin dan Sultan Muhammad al-Fateh pula 
berjaya menawan Kota Istanbul setelah mencuba beberapa kali. Khalid al-Walid 
mengharungi 100 peperangan dan membunuh lebih 5000 orang musuh dalam perang 
Yarmuk.
4.Sentiasa Menambah 
Ilmu.
Bagaimana tokoh terdahulu menguasai ilmu pengetahuan? Imam 
Bukhari dan Imam Muslim menguasai ratusan ribu hadis disertai dengan menghafal 
perawi-perawinya. Bagaimana Imam Ahmad bin Hambal memberi fatwa kepada 60,000 
masaalah dengan disertai dalil.
5.Memberi 
Tumpuan (fokus).
Kalian hendaklah memberi tumpuan sepenuhnya 
kepada apa yang sedang dilakukan.Kuasa tumpuan (fokus) mampu menghasilkan 
kejayaan yang cemerlang. Contohnya lihat sahaja Jabir bin Abdullah sanggup 
menempuh perjalanan selama sebulan ke Mesir semata-mata mencari sepotong 
hadis.
6.Daya Tahan yang Tinggi.
Untuk 
berjaya perlu bekerja dengan lebih keras dan komited. Jangan cepat menyerah 
kalah. Gunakan masa hingga ke tahap maksima dan hendaklah sentiasa istiqamah dan 
berterusan.
7.Memiliki Sifat-sifat 
Mahmudah.
Untuk mencapai kejayaan yang cemerlang, perkara yang 
paling penting kalian hendaklah mendidik dan memperbaiki diri kalian hingga 
ketahap memiliki sifat-sifat mahmudah iaitu sifat-sifat warak, sabar, amanah, 
jujur, ikhlas dan syukur pada masa yang sama membuangkan sifat-sifat mazmumah 
iaitu sifat suka marah, hasad dengki, ujub, riak, sombong dan takabur. Tanpa 
adanya sifat-sifat yang mulia ini tidak mungkin kalian akan mampu menjadi 
cemerlang, ini adalah kerana sifat-sifat yang keji atau mazmumah adalah sifat 
negatif yang akan mendorong kepada kegagalan dan kekecewaan.
Akhir kata 
jadikanlah diri kalian insan cemerlang di dunia ini dengan mendapat kejayaan 
dalam kerjaya dan perjuangan hidup dan mendapat keredhaan Allah s.w.t. Dan juga 
menjadi insan cemerlang di hari Akhirat dengan dikurniakan-Nya balasan Syurga 
dan di jauhi dari siksaan Neraka.
No comments:
Post a Comment