BAB 3.
Soalan
:
1.     
Bezakan diantara perubahan kuantiti diminta
dengan perubahan permintaan.
( 10 markah ).
( 10 markah ).
Fokus :
1.     
Maksud.
2.     
Rajah.
3.     
Huraian.
1.     
Maksud :
o  
Perubahan kuantiti diminta : perubahan kuantiti diminta disebabkan oleh
perubahan harga barang itu sendiri dan diandaikan faktor lain tetap. Perubahan
kuantiti diminta hanya melibatkan pergerakan di sepanjang keluk permintaan.
o  
Perubahan permintaan : perubahan permintaan pula disebabakan faktor-faktor lain yang
mempengaruhi permintaan walaupun tidak berlaku perubahan tingkat harga. Hal ini
akan menyebabkan berlakunya perubahan / perpindahan keluk permintaan ke kanan
atau ke kiri.
2.     
Rajah perubahan kuantiti diminta.
3.      Huraian perubahan kuantiti : 
o  
Berdasarkan
rajah, keluk DD ialah keluk permintaan. Diandaikan , apabila harga sesuatu
barang meningkat dari po ke p1, maka kuantiti yang diminta akan berkurang iaitu
dari Q2 ke Q1. Hal ini dinamakan sebagai proses pengucupan permintaan.
o  
Sebaliknya,
apabila harga sesuatu barang berkurang dari Po Ke P2, maka kuantiti yang
diminta akan bertambah dari Q2 ke Q3. Hal ini dinamakan proses perkembangan
permintaan.
o  
Secara
tuntas, perubahan kuantiti yang diminta apabila harga naik dari P0 ke P1, hanya
melibatkan pergerakan dari titik A ke titik B sepanjang keluk DD. Sebaliknya,
apabila harga sesuatu barang turun iaitu dari P0 ke P2, titik A akan beralih ke
titik C di sepanjang keluk DD. Wujud hubungan negative diantara harga dan
kuantiti diminta.
4     
Rajah perubahan permintaan.
5.      Huraian perubahan permintaan.
o  
Berdasarkan
rajah, diandaikan harga barang A adalah tetap pada P0. Jika pendapatan individu
meningkat, maka kuasa  beli pengguna
bertambah, maka permintaan barang A akan bertambah. Oleh itu, keluk permintaan
beralih ke kanan dari D0DO ke D2D2 dengan harga tetap pada P0.
o  
Sebaliknya,
jika pendapatan individu berkurang, maka kuasa beli pengguna turut menurun,
maka permintaan barang A akan turut berkurang. Keluk permintaan akan beralih ke
kiri dari D0D0 ke D1D1 dan harga tetap pada P0.


sangat membantu
ReplyDelete