BAB 3.
Soalan
:
1.
Jelaskan faktor-faktor / sebab-sebab yang
mempengaruhi permintaan suatu barang di pasaran.
2.
Jelaskan sebab-sebab yang berlakunya
perpindahan keluk permintaan ke kanan / ke kiri.
#
Jawapan untuk soalan 2 perlu berhati-hati. Jika sebab perpindahan keluk ke
kanan, perlu jelaskan sebab perpindahan keluk ke kanan sahaja. Kegagalan calon
menepati kehendak soalan merugikan markah yang ingin diperolehi.
Jawapan
:
·
Musim :
Musim akan mempengaruhi permintaan individu di pasaran. Bagi membeli barang dan
perkhidmatan. Contoh, pada musim perayaan aidilfitri, permintaan tepung jagung
akan bertambah dari keadaan biasa. Oleh itu, keluk permintaan tepung jagung
(dd) akan beralih ke kanan dari d0d0 ke d1d1.
·
Pendapatan :
Apabila pendapatan seseorang individu bertambah, maka kuasa beli individi
tersebut akan bertambah. Maka keluk permintaan suatu barang akan beralih ke
kanan. Sebaliknya, jika pendapatan seseorang individu berkurang, kuasa beli
barang akan menurun. Oleh itu, keluk permintaan suatu barang akan beralih ke
kiri.
·
Dasar kerajaan
:
-
Cukai : jika pihak
kerajaan menurunkan kadar cukai pendapatan individu, maka pendapatan benar
individu akan bertambah, oleh itu permintaan terhadap suatu barang turut
bertambah. Keluk permintaan individu beralih ke kanan dari d0d0 ke d1d1.
-
Subsidi : jika
pihak kerajaan mengurangkan kadar subsidi kepada pihak pengeluar, maka kos
pengeluaran akan meningkat, tingkat harga suatu barang turut meningkat. Oleh
itu, permintaan barang tersebut akan berkurang, keluk permintaan akan beralih
ke kiri dari d0d0 ke d2d2.
·
Jangka harga pada masa hadapan : Diandaikan jangkaan harga barang A akan meningkat
pada keesokkan harinya, maka memberi kesan pada hari ini. Permintaan barang A
akan meningkat pada hari ini, keluk permintaan barang A akan beralih ke kanan
dari d0d0 ke d1d1.
·
Cita rasa : kecenderungan
pengguna memiliki sesuatu barang yang dipengaruhi oleh trend atau fesyan
semasa. Terdapat dua kategori citarasa iaitu citarasa positif (cp) dan citarasa
negative (cn). Misalnya cp ialah trend mewarnakan rambut, maka permintaan dye
rambut akan bertambah, keluk permintaan dye rambut akan beralih ke kanan dari
d0d0 ke d1d1.
Soalan :
1.
Jelaskan 3 sebab harga dan kuantiti diminta
berhubungan secara negatif.
Jawapan.
o
Kesan gantian
: Jika harga sesuatu barang menurun, barang berkenanaan secara relatifnya lebih
murah daripada barang penggantinya. Oleh sebab itu, individu yang rasional akan
menambahkan pembelian barang ini berbanding barang penggantinya. Dengan itu,
wujud hubungan sonsang antara harga dengan kuantiti diminta suatu barang di
pasaran.
o
Kesan pendapatan : Apabila harga barang turun, maka pendapatan benar individu akan bertambah. Kuasa beli dan kemampuan
berbelanja individu meningkat dan mendorong menambahkan pembelian. Oleh itu,
wujud hubungan sonsang antara harga dan kuantiti diminta.
o
Kesan utiliti sut : Apabila kuantiti barang sedikit, utiliti sut tinggi. Manakala ,
kuantiti barang yang banyak , utiliti
sut rendah. Maka harga barang perlu diturunkan,kuantit diminta akan bertambah.
Wujud hubungan negative