Assalamualaikum dan salam sejahtera
kepada pembaca blog saya.
Saya mohon maaf kerana disaat ini saya tidak mengupdate ilmu-ilmu yang ingin dikongsikan kerana saya sedang menuntut ilmu di peringkat ijazah. Admin sekarang telah mengambil program SARJANA MUDA PERAKAUNAN di UMT, dan akan memasuki tahun kedua. Jika ada pertanyaan, anda boleh emailkan kepada saya sahaja. MAAF, MOGA cemerlang warga berilmu. STPM.
juga boleh hubungi di facebook https://www.facebook.com/faedz.bza
BLOG MIKROEKONOMI STPM .
"Mendidik tidak bererti mengajar orang akan apa yang mereka tidak ketahui, tetapi mendidik adalah suatu pekerjaan yang memakan hati, perlu dilakukan terus-menerus, sangat sulit dan perlu dilaksanakan dengan ramah-tamah,pengawasan,peringatan,perintah dan pujian serta yang terutama sekali adalah memberi teladan" .... JOHN RUSKIN...
Tuesday, 9 July 2013
Saturday, 26 January 2013
Bab 8 : Upah, Untung, Sewa dan Faedah.
Soalan : Kenapa upah
berbeza? Jelaskan
1.
Perbezaan
tahap pendidikan dan latihan kemahiran.
-
Individu yang berpendidikan tinggi dan mendapat
latihan kemahiran seperti ijazah mendapat upah yang lebih tinggi. Contoh, guru.
Manakala, individu yang mendapat pendidikan dan latihan rendah biasannya
mendapat upah yang rendah. Contoh, tukang sapu yang berkelulusan PMR.
2.
Perbezaan
tanggungjawab.
-
Individu yang tanggungjawabnya besar , contoh
pengetua mendapat upah yang lebih tinggi. Manakala, guru biasa tanggungjawabnya
lebih kecil dan mendapat upah yang lebih rendah.
3.
Perbezaan
pengalaman.
-
Individu yang mempunyai pengalaman yang banyak
biasanya tempoh bekerjanya lebih lama akan mendapat upah yang lebih tinggi. Manakala,
pekerja baru biasanya upah rendah kerana kurang pengetahuan.
4.
Perbezaan
risiko kerja .
-
Individu yang mempunyai risiko perkerjaan yang
tinggi akan mendapat upah yang lebih tinggi misalnya pemandu kapal terbang. Manakala,
individu yang risiko kerjayanya rendah mendapat upah yang rendah, misalnya
pemandu teksi.
Friday, 27 April 2012
Soalan :
1.
Terangkan
kesan terhadap keluk penawaran ikan apabila berlaku perkara berikut :
(a)
Peningkatan subsidi diesel oleh pihak kerajaan.
HURAIAN :
·
Berdasarkan
rajah, paksi x ialah harga (rm), paksi y
pula kuantiti (unit) bagi keluk penawaran ikan (unit), s0s0 ialah keluk
penawaran ikan asal, q0 pula kuantiti (unit) penawaran ikan asal dan po ialah harga penawaran asal.
·
Apabila
kerajaan meningkat subsidi diesel, maka harga diesel di pasaran akan rendah.
Kos pengeluran penangkapan ikan semakin rendah. Kesannya, penawaran ikan di
pasaran akan bertambah. Keluk penawaran ikan (ss) akan beralih ke kanan dari
s0s0 ke s1s1. Pada tingkat harga yang sama, kuantiti (unit) penawaran ikan
bertambah menjadi q1 , iaitu sebanyak q0q1.
(b) Peningkatan kegiatan pelancongan di pantai kawasan nelayan menangkap
ikan.
HURAIAN
·
Berdasarkan
rajah, kegiatan pelancongan di kawasan pantai nelayan membuat penangkapan ikan
memberi kesan negatif ke atas ekosisitem di kawasan itu.
·
Kesannya,
hasil penangkapan ikan akan merosot oleh nelayan. Oleh itu, penawaran ikan di
pasaran turut berkurang. Keluk penawaran ikan (s0s0) akan beralih ke kiri dari
s0s0 ke s1s1. Pada tingkat harga yang sama iaitu pada p0, kuantiti(unit) ikan
dipasaran berkurang menjadi q1 . iaitu pengurangan sebanyak q0q1.
Assalamulaikum wbt dan salam ukhwah, ruangan ini saya sedikan tips menjadi pelajar dinamik dalam dunia dan akhirat.
ISLAM adalah agama yang lengkap dan sempurna, agama progresif dan dinamik yang amat menggalakkan agar umatnya berjaya di dalam kehidupan di dunia dan di Akhirat.
Sebelum memburu kejayaan yang dicita-citakan perkara penting yang perlu diperhatikan adalah membina dahulu cemerlang dalam akhlak dan keperibadian dan perhubungan sesama manusia. Seorang insan perlulah berusaha dan memenuhi syarat ini terlebih dahulu, barulah ia akan jadi pelengkap kepada kejayaan.
Apakah ciri-ciri kejayaan yang di pelopori oleh pejuang dan cendikiawan Islam yang telah berjaya memberi sumbangan yang besar ke atas kehidupan manusia? Bolehlah kita mengambil contoh kejayaan tokoh-tokoh Islam terdahulu dari sudut personaliti,keluarga, kerjaya, agama, ketamadunan, politik dan ekonomi.
Kejayaan mereka menguasai ilmu dan mempraktikan ilmu yang dimiliki, telah terbukti dalam sejarah Islam, ianya telah mencipta sejarah kecemerlangan hingga di guna pakai sehingga ke hari ini. Tokoh-tokoh yang telah berjaya ini mempunyai sifat cemerlang yang tiada tolak bandingnya. Terdapat beberapa ciri penting sifat kecemerlangan mereka ialah :
1.Niat yang Betul.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud, “ Setiap amalan adalah dengan niat.” (Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Sayyidina Umar al-Khattab)
Oleh itu kalian harus sentiasa memasang dan membetulkan niat sebelum memulakan apa jua pekerjaan, samaada yang berbentuk ibadah atau pun amal kebiasaan. Niat ini adalah semata-mata untuk mencari keredhaan Allah s.w.t.
2.Ada Wawasan dan Matlamat.
Kalian perlulah meletakkan wawasan dan matlamat dalam hidup. Matlamat bersih dan jalan untuk mencapai matlamat tersebut juga mesti bersih. Kalian tidak boleh menggunakan kaedah, ‘Matlamat boleh menghalalkan cara’. Kalian terikat dengan peraturan dan hukum Islam. Matlamat dunia kalian mestilah berkaitan dengan kehidupan di akhirat.
3.Berani dan Sanggup Berkorban.
Tokoh-tokoh Islam terdahulu sanggup untuk bersusah payah menuntut ilmu bermusafir beribu-ribu batu untuk berguru dengan guru-guru mursyid. Sultan Sallehudin al-Ayubi berjuang berkali-kali baru dapat mengalahkan tentera Salib dan menawan semula Palestin dan Sultan Muhammad al-Fateh pula berjaya menawan Kota Istanbul setelah mencuba beberapa kali. Khalid al-Walid mengharungi 100 peperangan dan membunuh lebih 5000 orang musuh dalam perang Yarmuk.
4.Sentiasa Menambah Ilmu.
Bagaimana tokoh terdahulu menguasai ilmu pengetahuan? Imam Bukhari dan Imam Muslim menguasai ratusan ribu hadis disertai dengan menghafal perawi-perawinya. Bagaimana Imam Ahmad bin Hambal memberi fatwa kepada 60,000 masaalah dengan disertai dalil.
5.Memberi Tumpuan (fokus).
Kalian hendaklah memberi tumpuan sepenuhnya kepada apa yang sedang dilakukan.Kuasa tumpuan (fokus) mampu menghasilkan kejayaan yang cemerlang. Contohnya lihat sahaja Jabir bin Abdullah sanggup menempuh perjalanan selama sebulan ke Mesir semata-mata mencari sepotong hadis.
6.Daya Tahan yang Tinggi.
Untuk berjaya perlu bekerja dengan lebih keras dan komited. Jangan cepat menyerah kalah. Gunakan masa hingga ke tahap maksima dan hendaklah sentiasa istiqamah dan berterusan.
7.Memiliki Sifat-sifat Mahmudah.
Untuk mencapai kejayaan yang cemerlang, perkara yang paling penting kalian hendaklah mendidik dan memperbaiki diri kalian hingga ketahap memiliki sifat-sifat mahmudah iaitu sifat-sifat warak, sabar, amanah, jujur, ikhlas dan syukur pada masa yang sama membuangkan sifat-sifat mazmumah iaitu sifat suka marah, hasad dengki, ujub, riak, sombong dan takabur. Tanpa adanya sifat-sifat yang mulia ini tidak mungkin kalian akan mampu menjadi cemerlang, ini adalah kerana sifat-sifat yang keji atau mazmumah adalah sifat negatif yang akan mendorong kepada kegagalan dan kekecewaan.
Akhir kata jadikanlah diri kalian insan cemerlang di dunia ini dengan mendapat kejayaan dalam kerjaya dan perjuangan hidup dan mendapat keredhaan Allah s.w.t. Dan juga menjadi insan cemerlang di hari Akhirat dengan dikurniakan-Nya balasan Syurga dan di jauhi dari siksaan Neraka.
ISLAM adalah agama yang lengkap dan sempurna, agama progresif dan dinamik yang amat menggalakkan agar umatnya berjaya di dalam kehidupan di dunia dan di Akhirat.
Sebelum memburu kejayaan yang dicita-citakan perkara penting yang perlu diperhatikan adalah membina dahulu cemerlang dalam akhlak dan keperibadian dan perhubungan sesama manusia. Seorang insan perlulah berusaha dan memenuhi syarat ini terlebih dahulu, barulah ia akan jadi pelengkap kepada kejayaan.
Apakah ciri-ciri kejayaan yang di pelopori oleh pejuang dan cendikiawan Islam yang telah berjaya memberi sumbangan yang besar ke atas kehidupan manusia? Bolehlah kita mengambil contoh kejayaan tokoh-tokoh Islam terdahulu dari sudut personaliti,keluarga, kerjaya, agama, ketamadunan, politik dan ekonomi.
Kejayaan mereka menguasai ilmu dan mempraktikan ilmu yang dimiliki, telah terbukti dalam sejarah Islam, ianya telah mencipta sejarah kecemerlangan hingga di guna pakai sehingga ke hari ini. Tokoh-tokoh yang telah berjaya ini mempunyai sifat cemerlang yang tiada tolak bandingnya. Terdapat beberapa ciri penting sifat kecemerlangan mereka ialah :
1.Niat yang Betul.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud, “ Setiap amalan adalah dengan niat.” (Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Sayyidina Umar al-Khattab)
Oleh itu kalian harus sentiasa memasang dan membetulkan niat sebelum memulakan apa jua pekerjaan, samaada yang berbentuk ibadah atau pun amal kebiasaan. Niat ini adalah semata-mata untuk mencari keredhaan Allah s.w.t.
2.Ada Wawasan dan Matlamat.
Kalian perlulah meletakkan wawasan dan matlamat dalam hidup. Matlamat bersih dan jalan untuk mencapai matlamat tersebut juga mesti bersih. Kalian tidak boleh menggunakan kaedah, ‘Matlamat boleh menghalalkan cara’. Kalian terikat dengan peraturan dan hukum Islam. Matlamat dunia kalian mestilah berkaitan dengan kehidupan di akhirat.
3.Berani dan Sanggup Berkorban.
Tokoh-tokoh Islam terdahulu sanggup untuk bersusah payah menuntut ilmu bermusafir beribu-ribu batu untuk berguru dengan guru-guru mursyid. Sultan Sallehudin al-Ayubi berjuang berkali-kali baru dapat mengalahkan tentera Salib dan menawan semula Palestin dan Sultan Muhammad al-Fateh pula berjaya menawan Kota Istanbul setelah mencuba beberapa kali. Khalid al-Walid mengharungi 100 peperangan dan membunuh lebih 5000 orang musuh dalam perang Yarmuk.
4.Sentiasa Menambah Ilmu.
Bagaimana tokoh terdahulu menguasai ilmu pengetahuan? Imam Bukhari dan Imam Muslim menguasai ratusan ribu hadis disertai dengan menghafal perawi-perawinya. Bagaimana Imam Ahmad bin Hambal memberi fatwa kepada 60,000 masaalah dengan disertai dalil.
5.Memberi Tumpuan (fokus).
Kalian hendaklah memberi tumpuan sepenuhnya kepada apa yang sedang dilakukan.Kuasa tumpuan (fokus) mampu menghasilkan kejayaan yang cemerlang. Contohnya lihat sahaja Jabir bin Abdullah sanggup menempuh perjalanan selama sebulan ke Mesir semata-mata mencari sepotong hadis.
6.Daya Tahan yang Tinggi.
Untuk berjaya perlu bekerja dengan lebih keras dan komited. Jangan cepat menyerah kalah. Gunakan masa hingga ke tahap maksima dan hendaklah sentiasa istiqamah dan berterusan.
7.Memiliki Sifat-sifat Mahmudah.
Untuk mencapai kejayaan yang cemerlang, perkara yang paling penting kalian hendaklah mendidik dan memperbaiki diri kalian hingga ketahap memiliki sifat-sifat mahmudah iaitu sifat-sifat warak, sabar, amanah, jujur, ikhlas dan syukur pada masa yang sama membuangkan sifat-sifat mazmumah iaitu sifat suka marah, hasad dengki, ujub, riak, sombong dan takabur. Tanpa adanya sifat-sifat yang mulia ini tidak mungkin kalian akan mampu menjadi cemerlang, ini adalah kerana sifat-sifat yang keji atau mazmumah adalah sifat negatif yang akan mendorong kepada kegagalan dan kekecewaan.
Akhir kata jadikanlah diri kalian insan cemerlang di dunia ini dengan mendapat kejayaan dalam kerjaya dan perjuangan hidup dan mendapat keredhaan Allah s.w.t. Dan juga menjadi insan cemerlang di hari Akhirat dengan dikurniakan-Nya balasan Syurga dan di jauhi dari siksaan Neraka.
SOALAN :
1. BEZAKAN
ANTARA PERUBAHAN KUANTITI DITAWARKAN DENGAN PERUBAHAN PENAWARAN?
(10
MARKAH)
FOKUS :
·
MAKSUD
·
RAJAH
·
HURAIAN
JAWAPAN.
1.
PERUBAHAN KUANTITI DITAWARKAN.
·
Maksud : perubahan kuantiti ditawarkan disebabkan oleh
perubahan harga barang itu sendiri. Jika harga barang itu jatuh , kuantiti
ditawarkan turut berkurang. Sebaliknya, jika harga barang itu meningkat, maka
kuantiti yang ditawarkan turut bertambah.
·
Rajah :
·
Huraian :
-
Huraian rajah
asal.
-
Pada harga po,
kuantiti yang ditawarkan (unit) pada tingkat asal ialah Q0. Jika harga barang
itu meningkat dari p0 ke p1, kuantiti yang ditawarkan (unit) turut bertambah
dari Q0 ke Q1. Hal ini dinamakan sebagai pengembangan penawaran dari titik A ke
titik B pada keluk yang sama.
-
Manakala, jika
haga turun dari p0 ke p2, maka kuantiti yang ditawarkan (unit) sesuatu barang
di pasaran turut berkurang dari Q0 ke Q2. Hal ini dinamakan sebagai pengucupan
penawaran dari titik A ke titik C.
2.
PERUBAHAN PENAWARAN.
·
Maksud :
perubahan penawaran disebabkan oleh factor-faktor lain yang mempengaruhi
penawaran. Misalnya tingkat teknologi, harga factor, bilangan pengeluar dan
lain-lain lagi.
·
Rajah :
·
Huraian :
-
Huraian rajah
asal.
-
Menurut hukum
penawaran, jika penawaran Sesuatu barang bertambah akibat bukan disebabkan
harga barang itu sendiri, maka keluk penawaran akan beralih ke kanan.
Sebaliknya, jika penawaran Sesutu barang berkurang, maka keluk penawaran akan
beralih ke kiri.
-
Dengan harga
barang itu sendiri iaitu pada tingkat P0, P0 ialah tingkat harga asal, kuantiti
ditawar asal pada Q0, dan penawaran dipengaruhi oleh faktor-faktor lain selain
harga seperti peningkatan teknologi.
-
Jika teknologi
meningkat, daya pengeluaran akan bertambah, penawaran Sesutu barang (unit)
turut bertambah. Maka keluk penawaran ss akan beralih kekanan dari s0s0 ke
s2s2. Kuantiti diwarkan bertambah menjadi Q2. Berlaku pertambahan kuantiti
penawaran (unit) sebanyak Q0Q2.
-
Sebaliknya, jika
tingkat teknologi menurun akibat kerosakkan mesin, dengan harga masih pada P0,
daya pengeluaran menurun akan berlakunya pengeluaran dan penawaran berkurang di
pasaran. Keluk penawaran SS akan beralih ke kiri dari S0S0 ke S1S1. Kuantiti
ditawarkan berkurang menjadi Q1, iaitu berlaku pengurangan sebanyak Q0Q1.
Thursday, 26 April 2012
BAB 3
Soalan :
1.
Huraikan faktor-faktor /
sebab-sebab yang mempengaruhi keluk penawaran?
2.
Jelaskan sebab Mengapa
keluk penawaran beralih ke kanan / ke kiri.
Jawapan.
- Tingkat teknologi : apabila tingkat teknologi pengeluaran sesuatu barang bertambah ( penggunaan mesin dan jentera yang banyak ), maka daya pengeluaran akan meningkat. Kesannya, penawaran akan bertambah di pasaran. Keluk penawaran akan beralih ke kanan dari ss ke s1s1. Sebaliknya, jika tingkat teknologi menurun/ susut nilai, misalnya mesin rosak ataupun bencana, maka daya pengeluaran menurun, penawaran di pasaran akan berkurang. Keluk penawaran akan beralih ke kiri dari ss ke s2s2.
- Keadaan Cuaca : jika keadaan cuaca yang baik, pengeluaran sesuatu barang akan bertambah, penawaran di pasaran turut bertambah, keluk penawaran (ss) akan beralih ke kanan dari ss ke s1s1. Sebaliknya, jika cuaca tidak baik/ buruk seperti banjir, pengeluaran sesuatu barang akan berkurang di pasaran . penawaran akan berkurang di pasaran , keluk penawaran (ss) akan beralih ke kiri dari ss ke s2s2.
- Bilangan pengeluar : jika bilangan pengeluar barang x (unit) banyak di pasaran, maka pengeluaran barang x(unit) bertambah di pasaran. Keluk penawaran barang x(unit) akan beralih ke kanan dari ss ke s1s1. Sebaliknya, jika bilangan pengeluar barang x (Unit) berkurang di pasaran, maka pengeluaran / penawaran barang x (unit) di pasaran turur berkurang. Keluk penawran barang x akan beralih ke kiri dari ss ke s2s2.
- Harga faktor / kos pengeluaran : jika harga faktor pengeluaran seperti harga sewa tanah meningkat, maka pengeluaran sesuatu barang akan berkurang. Keluk penawaran akan beralih ke kiri dari ss ke s1s1. Sebaliknya, jika harga faktor pengeluaran berkurang, maka pengeluran sesuatu barang akan bertambah. Hal ini kerana kos pengeluaran semakin mengecil. Keluk penawran ss akan beralih ke kanan dari ss ke s2s2.
Bab 3.
Penawaran.
·
DEFINISI PENAWARAN INDIVIDU : kuantiti barang yang sanggup
ditawarkan (barang x) oleh seseorang pengeluar pada masa, tempat dan tingkat
masa tertentu.
·
DEFINISI PENAWARAN PASARAN : jumlah kuantiti barang yang
sanggup ditawarkan oleh semua pengeluar terhadap suatu barang pada masa, tempat
dan tingkat harga tertentu.
·
HUKUM PENAWARAN : Semakin tinggi tinggi tingkat
harga suatu barang/produk, semakin bertambah kuantiti barang yang ditawarkan
oleh pengeluar. Hukum penawaran menyatakan bahawa harga dan kuantiti barangan
yang ditawarkan berhubungan secara positif.
Soalan :
1. Bagaimanakah keluk penawaran pasaran diterbitkan ?
FOKus :
·
Definisi
penawaran pasaran.
·
Jadual.
·
Rajah.
·
Huraian.
1. Definisi penawaran pasaran : jumlah kuantiti barang yang sanggup ditawarkan oleh semua
pengeluar terhadap suatu barang pada masa, tempat dan tingkat harga tertentu.
2.
Jadual :
Harga
barang J
(unit)
|
Kuantiti
ditawar firma a (unit)
|
Kuantiti
ditawar firma b (unit)
|
Kuantiti
ditawar pasaran (unit)
|
Kombinasi.
|
3
|
2
|
4
|
6
|
y
|
6
|
4
|
8
|
12
|
z
|
3.
Rajah.
4.
Huraian.
·
Huraian
rajah asal : berdasarkan rajah , SaSa ialah keluk penawaran firma a, SbSb,
keluk penawaran firma b, SpSp keluk penawaran pasaran. Keluk penawaran pasaran
diperoleh dengan mencampurkan secara mendatar keluk penawaran individu dengan
contoh kira-kira di jadual.
·
Contoh,
pada harga rm 3, firma a menawarkan 2 unit barang j, manakala firma b
menawarkan 4 unit barang j. oleh itu, penwaran di pasaran adalah sebanyak 6
unit ( 2 unit + 4 unit) barang j. Hal
ini dapat dilihat pada titik y , rajah c.
·
Apabila
berlaku peningkatan harga dari rm 3 ke rm 6, berlaku pertambahan penawaran. Hal
ini dapat dilihat, pada tingkat harga rm 6 firma a menawarkan sebanyak 4 unit (
berlaku peningkatan sebanyak 4 unit). Manakala, firma b menawarkan sebanyak 8
unit ( berlaku peningkatan sebanyak 4 unit). Oleh itu, penawaran pasaran adalah
sebanyak 12 unit ( 4 unit + 8 unit) barang j. hal ini dapat dilihat pada titik
z , rajah c.
·
Apabila
titik y dan z disambungkan, maka terbentuklah keluk penawaran pasaran barang j
(unit) SpSp.
·
Kesimpulanya,
peningkatan harga barang j mematuhi hukum penawaran iaitu apabila berlaku
peningkatan tingkat harga, maka kuantiti yang ditawarkan turut bertambah oleh
firma. Hubungan positif antara harga dan kuantiti yang ditawarkan.
BAB 3
SOALAN.
1. Terangkan kesan terhadap keluk
permintaan daging ayam apabila berlaku perkara berikut :
(a)
Pengiklanan yang berkesan oleh
syarikat KENTUCKY FRIED CHICKEN (KFC).
·
Pengiklanan
yang berkesan menyebabkan permintaan daging ayam meningkat. Maka , keluk
permintaan daging ayam (unit) akan beralih kekanan pada tingkat harga yang sama
pada p0. Keluk beralih dari dd ke d1d1. Kuantiti daging ayam turut bertambah
dari Q0 ke Q1.
(B) Menjelang musim perayaan hari
raya Aidilifitri.
·
Menjelang
musim perayaan hari raya Aidilfitri , permintaan daging ayam akan bertambah.
Kesannya, keluk permintaan daging ayam (unit) akan beralih ke kanan dari D1D1
ke D2D2. Kuantiti daging ayam (unit) turut bertambah dari Q1 ke Q2.
( c) Kajian membuktikan ikan lebih
mendatangkan khasiat.
·
Kajian
membuktikan ikan lebih mendatangkan khasiat kepada manusia akan memberi kesan
terhadap permintaan daging ayam (unit). Hal ini demikian kerana ikan dan daging
merupakan barang pengganti. Permintaan ikan bertambah menyebabkan permintaan
daging ayam akan berkurang. Maka, keluk permintaan daging ayam beralih ke kiri
dari D0DO ke D1D1. Pada tingkat harga yang sama iaitu pada P0, kuantiti
permintaan daging ayam turut berkurang dari Q0 ke Q1.
Soalan :
1. Huraikan 5 langkah yang diperlukan oleh pengeluar yang ingin meningkatkan kuantiti jualan.
Jawapan :
·
Harga
barang diturunkan : penurunan harga akan menaikkan permintaan ke atas barang
dan seterusnya meningkatkan kuantiti jualan.
·
Menambah
pengeluaran mengikut musim : sesetengah pengeluar perlu bijak untuk menambah pengeluaran
mengikut musim tertentu bagi meningkatkan hasil jualan. Contoh, pengeluar
payung boleh meningkatkan pengeluaran payung pada musim hujan kerana permintaan payung yang meningkat pada musim
tersebut, seterusnya meningkatkan kuantiti jualan.
·
Tingkatkan
iklan dan promosi berkenaan barang keluaran firma : langkah ini boleh meningkatkan
permintaan ke atas suatu barang dan meningkatkan kuantiti jualan. Pengeluar
boleh memaparkan kebaikan produk, mata gamjaran di media massa bagi menarik
minat pengguna.
·
Keluarkan
barang mengikut citarasa pengguna : contoh, remaja perempuan kini yang
meminati tudung-tudung fesyen terkini seperti bawal,wardina dan mawi.
·
Keluarkan
barang mengikut struktur penduduk : contoh, jika penduduk lebih ramai
dalam kalangan remaja, maka lebih barangan remaja dikeluarkan untuk
meningkatkan permintaan dan kuantiti jualan.
BAB 3.
Soalan
:
1.
Bezakan diantara perubahan kuantiti diminta
dengan perubahan permintaan.
( 10 markah ).
( 10 markah ).
Fokus :
1.
Maksud.
2.
Rajah.
3.
Huraian.
1.
Maksud :
o
Perubahan kuantiti diminta : perubahan kuantiti diminta disebabkan oleh
perubahan harga barang itu sendiri dan diandaikan faktor lain tetap. Perubahan
kuantiti diminta hanya melibatkan pergerakan di sepanjang keluk permintaan.
o
Perubahan permintaan : perubahan permintaan pula disebabakan faktor-faktor lain yang
mempengaruhi permintaan walaupun tidak berlaku perubahan tingkat harga. Hal ini
akan menyebabkan berlakunya perubahan / perpindahan keluk permintaan ke kanan
atau ke kiri.
2.
Rajah perubahan kuantiti diminta.
3. Huraian perubahan kuantiti :
o
Berdasarkan
rajah, keluk DD ialah keluk permintaan. Diandaikan , apabila harga sesuatu
barang meningkat dari po ke p1, maka kuantiti yang diminta akan berkurang iaitu
dari Q2 ke Q1. Hal ini dinamakan sebagai proses pengucupan permintaan.
o
Sebaliknya,
apabila harga sesuatu barang berkurang dari Po Ke P2, maka kuantiti yang
diminta akan bertambah dari Q2 ke Q3. Hal ini dinamakan proses perkembangan
permintaan.
o
Secara
tuntas, perubahan kuantiti yang diminta apabila harga naik dari P0 ke P1, hanya
melibatkan pergerakan dari titik A ke titik B sepanjang keluk DD. Sebaliknya,
apabila harga sesuatu barang turun iaitu dari P0 ke P2, titik A akan beralih ke
titik C di sepanjang keluk DD. Wujud hubungan negative diantara harga dan
kuantiti diminta.
4
Rajah perubahan permintaan.
5. Huraian perubahan permintaan.
o
Berdasarkan
rajah, diandaikan harga barang A adalah tetap pada P0. Jika pendapatan individu
meningkat, maka kuasa beli pengguna
bertambah, maka permintaan barang A akan bertambah. Oleh itu, keluk permintaan
beralih ke kanan dari D0DO ke D2D2 dengan harga tetap pada P0.
o
Sebaliknya,
jika pendapatan individu berkurang, maka kuasa beli pengguna turut menurun,
maka permintaan barang A akan turut berkurang. Keluk permintaan akan beralih ke
kiri dari D0D0 ke D1D1 dan harga tetap pada P0.
BAB 3.
Soalan
:
1.
Jelaskan faktor-faktor / sebab-sebab yang
mempengaruhi permintaan suatu barang di pasaran.
2.
Jelaskan sebab-sebab yang berlakunya
perpindahan keluk permintaan ke kanan / ke kiri.
#
Jawapan untuk soalan 2 perlu berhati-hati. Jika sebab perpindahan keluk ke
kanan, perlu jelaskan sebab perpindahan keluk ke kanan sahaja. Kegagalan calon
menepati kehendak soalan merugikan markah yang ingin diperolehi.
Jawapan
:
·
Musim :
Musim akan mempengaruhi permintaan individu di pasaran. Bagi membeli barang dan
perkhidmatan. Contoh, pada musim perayaan aidilfitri, permintaan tepung jagung
akan bertambah dari keadaan biasa. Oleh itu, keluk permintaan tepung jagung
(dd) akan beralih ke kanan dari d0d0 ke d1d1.
·
Pendapatan :
Apabila pendapatan seseorang individu bertambah, maka kuasa beli individi
tersebut akan bertambah. Maka keluk permintaan suatu barang akan beralih ke
kanan. Sebaliknya, jika pendapatan seseorang individu berkurang, kuasa beli
barang akan menurun. Oleh itu, keluk permintaan suatu barang akan beralih ke
kiri.
·
Dasar kerajaan
:
-
Cukai : jika pihak
kerajaan menurunkan kadar cukai pendapatan individu, maka pendapatan benar
individu akan bertambah, oleh itu permintaan terhadap suatu barang turut
bertambah. Keluk permintaan individu beralih ke kanan dari d0d0 ke d1d1.
-
Subsidi : jika
pihak kerajaan mengurangkan kadar subsidi kepada pihak pengeluar, maka kos
pengeluaran akan meningkat, tingkat harga suatu barang turut meningkat. Oleh
itu, permintaan barang tersebut akan berkurang, keluk permintaan akan beralih
ke kiri dari d0d0 ke d2d2.
·
Jangka harga pada masa hadapan : Diandaikan jangkaan harga barang A akan meningkat
pada keesokkan harinya, maka memberi kesan pada hari ini. Permintaan barang A
akan meningkat pada hari ini, keluk permintaan barang A akan beralih ke kanan
dari d0d0 ke d1d1.
·
Cita rasa : kecenderungan
pengguna memiliki sesuatu barang yang dipengaruhi oleh trend atau fesyan
semasa. Terdapat dua kategori citarasa iaitu citarasa positif (cp) dan citarasa
negative (cn). Misalnya cp ialah trend mewarnakan rambut, maka permintaan dye
rambut akan bertambah, keluk permintaan dye rambut akan beralih ke kanan dari
d0d0 ke d1d1.
Soalan :
1.
Jelaskan 3 sebab harga dan kuantiti diminta
berhubungan secara negatif.
Jawapan.
o
Kesan gantian
: Jika harga sesuatu barang menurun, barang berkenanaan secara relatifnya lebih
murah daripada barang penggantinya. Oleh sebab itu, individu yang rasional akan
menambahkan pembelian barang ini berbanding barang penggantinya. Dengan itu,
wujud hubungan sonsang antara harga dengan kuantiti diminta suatu barang di
pasaran.
o
Kesan pendapatan : Apabila harga barang turun, maka pendapatan benar individu akan bertambah. Kuasa beli dan kemampuan
berbelanja individu meningkat dan mendorong menambahkan pembelian. Oleh itu,
wujud hubungan sonsang antara harga dan kuantiti diminta.
o
Kesan utiliti sut : Apabila kuantiti barang sedikit, utiliti sut tinggi. Manakala ,
kuantiti barang yang banyak , utiliti
sut rendah. Maka harga barang perlu diturunkan,kuantit diminta akan bertambah.
Wujud hubungan negative
Subscribe to:
Posts (Atom)