Thursday, 26 January 2012

Bab 2

B. sistem ekonomi komunisme @ perancangan pusat.



Nama : karl marx.
                                                   Tokoh komunisme.

sistem ekonomi komunisme
maksud : sistem ekonomi yang sentiasa kerajaan campur tangan dalam membuat keputusan ekonomi. contohnya ialah korea utara,china,russia dan cuba.

Ciri-ciri :
  • pemilikan sumber pengeluaran : tidak wujud kebebasan memiliki sumber pengeluaran. contoh,pengeluar tidak bebas memiliki faktor pengeluaran tanah.
  • penentuan harga : harga barang dan faktor pengeluaran ditentukan oleh kerajaan. maka harga biasanya rendah.
  • campurtangan kerajaan dan pembuat keputusan ekonomi : dalam sistem ekonomi komunisme, kerajaan membuat keputusan sepenuhnya dalam pembuat keputusan ekonomi.
  • pilihan barang : individu tidak bebas memilih barang dan perkhidmatan untuk memaksimumkan kepuasan, pengeluar tidak bebas memiliki faktor pengeluaran.
Huraikan cara-cara sistem ekonomi perancangan pusat menyelesaikan masalah asas ekonomi.

  • Berapa banyak barang yang hendak dikeluarkan : ditentukan  kerajaan berdasarkan bancian oleh badan perancangan pusat.
  • Bagaimana barang yang hendak dikeluarkan : Ditentukan oleh kerajaan. biasanya berdasarkan keadaan dan keperluan ekonomi. jika penganguran tinggi, maka kerajaan menetapkan berdasarkan kaedah intensif buruh agar penganguran berkurang.
  • Untuk siapa barang yang hendak dikeluarkan : Ditentukan oleh kerajaan berdasarkan bancian perancangan ekonomi. biasanya kerajaan akan memastikan semua rakyatnya mendapat keperluan asas.
Kebaikan sistem ekonomi komunisme.
  • Agihan pendapatan yang lebih adil dan samarata. hal ini kerajaan campur tangan akan menyebabkan ekonomi kurang berlaku penindasan, menyebabkan jurang pendapatan yang tidak luas.
  • Kebajikan masyarakat ditahap maksimum. Harga barang yang ditentukan oleh kerajaan biasanya rendah kerana pengeluaran barang menggunakan skala besar-besaran,maka kos perunit barang rendah. kebajikan masyarakat ditahap maksimum.
  • Kestabilan ekonomi : Perancangan dan kawalan oleh kerajaan dalam ekonomi menyebabkan masalah inflasi dan peganguran tidak begitu ketara. ekonomi lebih stabil.
Keburukan sistem ekonomi komunisme.
  • Pilihan adalah terhad : individu tidak bebas memilih barang, tidak memaksimumkan kepuasan,maka kebajikan masyrakat terhad.
  • Silap membuat keputusan : keputusan ekonomi dibuat oleh segelintir individu dalam masyarakat kadang-kadang membuat keputusan yang silap.
  • Kurang motivasi dan inovasi : Pengeluar tidak bebas memaksimumkan untung, pengguna tidak bebas memaksimumkan kepuasan menyebabkan pengeluar kurang motivasi dan inovasi untuk meningkatkan mutu barang. kebajika masyrakat menurun.

No comments:

Post a Comment