Assalamualaikum dan salam sejahtera
kepada pembaca blog saya.
Saya mohon maaf kerana disaat ini saya tidak mengupdate ilmu-ilmu yang ingin dikongsikan kerana saya sedang menuntut ilmu di peringkat ijazah. Admin sekarang telah mengambil program SARJANA MUDA PERAKAUNAN di UMT, dan akan memasuki tahun kedua. Jika ada pertanyaan, anda boleh emailkan kepada saya sahaja. MAAF, MOGA cemerlang warga berilmu. STPM.
juga boleh hubungi di facebook https://www.facebook.com/faedz.bza
"Mendidik tidak bererti mengajar orang akan apa yang mereka tidak ketahui, tetapi mendidik adalah suatu pekerjaan yang memakan hati, perlu dilakukan terus-menerus, sangat sulit dan perlu dilaksanakan dengan ramah-tamah,pengawasan,peringatan,perintah dan pujian serta yang terutama sekali adalah memberi teladan" .... JOHN RUSKIN...
Tuesday, 9 July 2013
Saturday, 26 January 2013
Bab 8 : Upah, Untung, Sewa dan Faedah.
Soalan : Kenapa upah
berbeza? Jelaskan
1.
Perbezaan
tahap pendidikan dan latihan kemahiran.
-
Individu yang berpendidikan tinggi dan mendapat
latihan kemahiran seperti ijazah mendapat upah yang lebih tinggi. Contoh, guru.
Manakala, individu yang mendapat pendidikan dan latihan rendah biasannya
mendapat upah yang rendah. Contoh, tukang sapu yang berkelulusan PMR.
2.
Perbezaan
tanggungjawab.
-
Individu yang tanggungjawabnya besar , contoh
pengetua mendapat upah yang lebih tinggi. Manakala, guru biasa tanggungjawabnya
lebih kecil dan mendapat upah yang lebih rendah.
3.
Perbezaan
pengalaman.
-
Individu yang mempunyai pengalaman yang banyak
biasanya tempoh bekerjanya lebih lama akan mendapat upah yang lebih tinggi. Manakala,
pekerja baru biasanya upah rendah kerana kurang pengetahuan.
4.
Perbezaan
risiko kerja .
-
Individu yang mempunyai risiko perkerjaan yang
tinggi akan mendapat upah yang lebih tinggi misalnya pemandu kapal terbang. Manakala,
individu yang risiko kerjayanya rendah mendapat upah yang rendah, misalnya
pemandu teksi.
Subscribe to:
Posts (Atom)