Tuesday 13 March 2012

Bab 2.

KEUNIKAN SISTEM EKONOMI ISLAM.

1. sistem bukan ciptaan manusia.
sistem ekonomi islam adalah berasaskan hukum syarak iaitu berpandukan al quran dan as sunnah. lebih mementingkan kebajikan masyrakat daripada keuntungan.

2. tujuan kegiatan ekonomi.
bukan semata-mata keuntungan tetapi untuk ibadah dan mendapat kesejahteraan di dunia dan akhirat.

3. pemilikan harta.
setiap individu bebas memiliki harta. harta dan kekayaan mestilah diagih dengan adil. orang kaya wajib membayar zakat supaya jurang perbezaan pendapatn dapat dikurangkan. manusia pula hanya pemegang amanah, milik mutlak adalah milik Allah swt.

4. kebebasan bersaing secara sihat antara pengeluar.
kuasa monopoli adalah dilarang.

5. peranan pengguna dan pengeluar.
pengguna bebas menggunakan barang, pengeluar bebas memaksimukan untung tetapi islam menekankan kesederhanaan dan melarang pembaziran.



Thursday 1 March 2012

BAB 2

SISTEM EKONOMI ISLAM.

soalan : Huraikan ciri-ciri sistem ekonomi islam dan keunikan sistem ekonomi islam.

  1. Pemilikan sumber pengeluaran : individu dan pengeluar bebas memiliki sumber pengeluaran. misalnya, pengeluar bebas memiliki faktor pengeluaran tanah tetapi sumber tertentu yang penting dimiliki oleh pihak kerajaan. namun, sumber sepenuhnya milik mutlak Allah swt , manusia hanya pemegang amanah sahaja.
  2. Penentuan harga : harga barang swasta dan faktor ditentukan oleh mekanisme harga iaitu kuasa permintaan dan penawaran. tetapi harga yang dikenakan hendaklah tidak menindas pengguna. harga barang awam pula hanya ditentukan oleh pihak kerajaan.
  3. Campurtangan kerajaan dan pembuat keputusan ekonomi : dalam sistem ini, kerajaan campurtangan dalam membuat keputusan ekonomi. contoh, menetapkan harga barang tertentu seperti tepung dan gula.
  4. Motif atau tujuan ekonomi : individu bebas memaksimumkan kepuasan daripada penggunaan barang, tetapi digalakkan bersederhana. pengeluar pula bebas memaksimumkan untung tetapi tidak menindas dan meminimakankos tetapi kebajikan masyrakat perlu dijaga. walaubagaimanapun, matlamat sebenar ialah kebahagiaan didunia dan akhirat.
Bab 2.

soalan : Nyatakan sebab / tujuan kerajaan membuat dasar campurtangan dalam sistem ekonomi.

  • menyediakan barang awam : penyediaan barang awam memerlukan kos yang besar dan tidak menguntungkan, maka pihak kerajaan terpaksa menyediakan barang awam walaupun tidak menguntungkan tetapi amat penting kepada masyarakat. contoh hospital kerajaan dan sekolah kerajaan.
  • merapatkan jurang perbezaan pendapatan :  kerajaan akan mengenakan cukai kepada orang kaya dan memberikan subsidi kepada orang miskin. maka perbezaan pendapatan dapat dikecilkan.
  • menghapuskan kesan luaran / eksternaliti negatif : kerajaan melaksanakan undang-undang untuk hapuskan kesan luaran negatif seperti pencemaran. contoh, akta alam sekitar.
  • mengelakkan kuasa monopoli : kerajaan perlu campurtangan dalam ekonomi kerana kesan daripada mekanisme harga di pasaran. wujud kuasa monopoli yang meletakkan harga lebih tinggi terhadap barang. maka kebajikan rakyat dapat ditingkatkan
  • mewujudkan kestabilan ekonomi :  ekonomi pasaran bebas / kapitalis gagal mewujudkan ekonomi yang stabil. keadaan ekonomi yang melambung dan meleset selalu berlaku. kerajaan campurtangan melalui dasar fiskal dan kewangan supaya menjamin pertumbuhan ekonomi yang stabil.

FORMULA MIKROEKONOMI.

Bab 2 - Permintaan dan Penawaran

iFungsi permintaan(Qd) = a -bP          ii.Fungsi penawaran(Qs)= a + bP
Dengan cukai tak langsung :
iii. fungsi penawaran baru(Qs) = a + b(P-t) dimana t ialah cukai tak langsung
Dengan subsidi :
iv. fungsi penawaran baru(Qs) = a + b(P+s) dimana s ialah subsidi

Bab 3 - Keanjalan permintaan 

i. Keanjalan permintaan harga(ed) = ΔQ/Q x P/ΔP 
ii.Keanjalan permintaan silang(Es) = ΔQx/Qx x Py/ΔPy
Nilai positif - barang pengganti ; Nilai negatif - barang penggenap
Nilai kosong -barang neutral
iii.Keanjalan permintaan pendapatan(Ey) = ΔQ/Q x Y/ΔY
Nilai positif - barang biasa ; Nilai negatif - barang bawahan  ;Nilai kosong  - barang mesti
Keanjalan penawran harga = ΔQ/Q x P/ΔP

Bab 4 - Teori gelagat pengguna

1. Utiliti sut = ΔJumlah utiliti / Δ Kuantiti
2. Keseimbangan pengguna = 1. MUx/Px = MUy/Py   2. Px.Qx + Py.Qy = Pendapatan
3. Lebihan pengguna = harga sanggup dibayar -harga sebenar dibayar

Bab 5 - Teori Pengeluaran 

1. Keluaran Purata (AP) = Jumlah Keluaran / Jumlah Output
2. Keluaran Sut (MP) = Δ Jumlah Keluaran / Δ Jumlah Output

Bab 6 - Teori Kos Pengeluaran

1.Jumlah kos pengeluaran = Kos tetap + kos berubah
2.Kos tetap purata = kos tetap / Jumlah Output
3.Kos berubah purata = Kos berubah / Jumlah Output
4.Kos purata = kos tetap purata + kos berubah purata
5.Kos sut = Δ Jumlah kos / Δ Jumlah output 

Bab 7 - Struktur pasaran

1. Keseimbangan firma -   Hasil Sut = Kos sut   ; MR > MC - tambahkan output
   MR < MC - Kurangkan output
2. Teruskan operasi - harga > kos berubah purata
3. Hentikan operasi - harga < kos berubah purata
4. Teruskan dan hentikan operasi - harga = harga berubah purata
5. Kecekapan pengeluaran - LAC berada pada titik minimum
6. Kecekapan peruntukan sumber ekonomi - Harga = kos sut jangka panjang

Bab 8 - Teori Agihan

1.Keseimbangan firma - Keluaran Hasil Sut = Kos sut Faktor (Upah Sut)
2.MRP > Upah sut - tambahkan buruh  ; 3. MRP < Upah sut - Kurangkan buruh
3.Untung = hasil - kos    ; hasil = ARP x bilangan input  Kos = Harga faktor x bil.faktor


copy paste dari blog seberang.
Contoh soalan EKONOMI stpm baharu. boleh lihat di link ini :

 http://www.mpm.edu.my/documents/10156/e85806bd-55b7-4bff-89ca-66a494468878

Bahagian stpm baharu mulai mei 2012.
 Bab 2.

SISTEM EKONOMI CAMPURAN.

soalan : Huraikan ciri-ciri sistem ekonomi campuran.

  • Pemilikan sumber pengeluaran : individu dan pengeluar bebas untuk memiliki sumber pengeluran, contoh pengeluar bebas memiliki faktor pengeluaran tanah. tetapi sumber pengeluaran tertentu dimiliki oleh pihak kerajaan.
  • Penentuan harga : harga barang swasta dan faktor pengeluaran ditentukan oleh mekanisme harga iaitu kuasa permintaan dan penawaran. Harga barang awam ditentukan oleh pihak kerajaan.
  • Campurtangan kerajaan dan pembuat keputusan ekonomi. : dalam sistem ini, kerajaan campur tangan dalam membuat keputusan ekonomi. contoh, menetapkan harga tertentu melalui dasar harga siling dan lantai.
  • motif atau tujuan ekonomi : individu bebas memaksimumkan kepuasan dari penggunaan barang, pengeluar bebas bebas memaksimakan untung dan meminimakan kos. kerajaan akan memaksimakan kebajikan masyarakat.
  • pilihan barang : individu bebas memilih barang dan perkhidmatan untuk memaksimakan kepuasan, pengeluar bebas memilih faktor pengeluaran untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan.
soalan : huraikan bagaimana sistem ekonomi campuran menyelesaikan masalah asas ekonomi ?

1. Apakah jenis barang yang hendak dikeluarkan?
- barang awam : ditentukan oleh pihak kerajaan berdasarkan bancian oleh badan perancangan ekonomi.
-barang swasta : berdasarkan mekanisme harga iaitu kuasa permintaan dan penawaran di pasaran. oleh itu, barang yang diminta akan dikeluarkan oleh firma. contoh, jika almari diminta di pasaran, maka almari akan dikeluarkan oleh firma.

2. Berapakah barang yang hendak dikeluarkan ?
- barang awam :  ditentukan oleh pihak kerajaan berdasarkan bancian oleh badan perancangan ekonomi.
- barang swasta : berdasarkan mekanisme harga iaitu kuasa permintaan dan penawaran di pasaran. barang yang diminta banyak,maka firma akan mengeluarkan kuantiti yang banyak. manakala, barang yang diminta sedikit, firma akan mengeluarkan dengan sedikit.

3. Bagaimana barang hendak dikeluarkan.
- barang awam : ditentukan oleh kerajaan. biasanya berdasarkan keadaan dan keperluan ekonomi. jika penganguran tinggi, maka pihak kerajaan akan menggunakan kaedah intensif buruh supaya penganguran kurang.
-barang swasta : pengeluar bebas memilih kaedah barang yang dikeluarkan sama ada intensif buruhatau modal. biasanya firma akan memilih kaedah yang paling cekap,kos paling minima,untung paling maksima dan sesuai bagi barang yang dihasilkan

4. Untuk siapa barang yang dikeluarkan.
-barang awam : ditentukan oleh kerajaan berdasarkan bancian oleh badan perancangan ekonomi. biasanya, kerajaan akan memastikan semua rakyatnya mendapat keperluan asas.
-barang swasta : bergantung kepada agihan pendapatan dan kuasa beli masyrakat. barang dikeluarkan dijual kepada yang berkemampuan , maka biasanya golongan kaya yang akan mendapat lebih barang.