Sunday 22 January 2012

Bab 2 : sistem ekonomi.


Bab 2 : sistem ekonomi di dunia.

A. sistem ekonomi kapitalis.
  • sistem ekonomi yang tiada campur tangan kerajaan dalam membuat keputusan ekonomi. contoh negara britain, united states.
ciri-ciri sistem ekonomi kapitalis.
  • pemilikan sumber pengeluaran : individu dan pengeluar bebas memiliki sumber pengeluaran. contoh,pengeluar bebas memiliki sumber pengeluaran tanah.
  • penentuan harga : harga barang dan faktor ditentukan oleh mekanisme harga iaitu kuasa permintaan dan penawaran dalam pasaran.
  • campur tangan kerajaan dan pembuat keputusan ekonomi : dalam sistem ini kerajaan tidak campur tangan dalam membuat keputusan ekonomi.
  • motif atau tujuan ekonomi : individu bebas memaksimumkan kepuasan dari pengguaan barang, pengeluar bebas memaksimakan untung dan meminimakan kos.
* soalan ini biasanya dalam bahagian B dan markah yang diberi 6 markah. cukup sekadar tiga isi.

Cara-cara sistem ekonomi kapitalis menyelesaikan masalah asas ekonomi.

  • apakah jenis barang yang hendak dikeluarkan : berdasarkan mekanisme harga iaitu kuasa permintaan dan penawaran dalam pasaran. contoh, jika orang ramai meminta kasut sukan, maka barang yang ditawarkan juga adalah kasut sukan.
  • berapa banyak barang yang hendak dikeluarkan :  berdasarkan mekanisme harga. barang yang diminta akan banyak dikeluarkan dan barang yang kurang diminta kurang dikeluarkan.
  • bagaimana barang yang hendak dikeluarkan : pengeluar bebas memilih kaedah barang dikeluarkan samada intensif buruh atau mesin. selalunya pengeluar akan memilih teknik pengeluaran yang paling cekap,kos paling minima dan untung paling maksima serta sesuai bagi barang yang hendak dihasilkan.
  • untuk siapa barang yang hendak dihasilkan : bergantung kepada agihan pendapatan dan kuasa beli masyarakat. barang yang dikeluarkan dijual kepada yang berkemampuan. maka biasanya golongan kaya yang akan dapat lebih banyak barang.
Huraikan kebaikan sistem ekonomi kapitalis.
  • kebaikan daripada persaingan bebas : pengeluar bebas untuk bersaing untuk menarik pembeli. hal ini menyebabkan mutu barangan akan meningkat akibat daripada persaingan yang sihat antara pengeluar yang selalu membuat inovasi.
  • kebajikan masyrakat meningkat : pengguna bebas memilih barang dan menyebabkan kepuasan pada tahap maksima,maka kebajikan masyrakat akan meningkat.
  • peningkatan teknologi dan inovasi : pengeluar bebas memaksimumkan untung,maka untug akan menggalakan firma melakukan penyelidikan dan pembangunan (R&d). disamping itu firma juga akan melakukan inovasi untuk menarik pelanggan.
Huraikan kelemahan sistem ekonomi kapitalis.
  • jurang perbezaan pendapatan yang ketara : oleh sebab tiada campur tangan dalam sistem ekonomi kapitalis, maka golongan kaya menjadi semakin kaya dan miskin sangat miskin kerana ekonomi dikuasai oleh orang kaya.
  • menggalakkan kuasa monopoli : firma yang besar mampu menjual barang dengan harga yg rendah kerana kos perunit barang rendah(membeli faktor pengeluaran secara pukal dan kos pengeluaran rendah). hal ini menyebabkan firma kecil tidak dapat bersaing dan firma besar memonopoli pasaran.
  • ketidakstabilan ekonomi : mekanisme harga menyebabkan harga barang selalu turun naik. hal ini menyebabkan ekonomi tidak stabil kerana kenaikan harga menyebabkan inflasi, penurunan harga menyebabkan deflasi (kemelesetan ekonomi).
Soalan stpm :
  1. huraikan tiga ciri sistem ekonomi laiser fair.( 6 markah )
  2. huraikan tiga ciri keburukan dan tiga ciri kebaikan sistem ekonomi kapitalis. (10 markah )

3 comments: