Sunday 22 January 2012

BAB 1 : Pengenalan.

Maksud Ekonomi : satu kajian sains sosial tentang bagaimana sesebuah masyarakat memperutukkan faktor-faktor pengeluaran yang terhad berbanding kehendak manusia yang tidak terhad.

Kehendak manusia : keinginan kepada barang dan perkhidmatan.

1. JENIS-JENIS BARANG.

A. Barang percuma :
  •  barang anugerah alam semulajadi ciptaan tuhan a.k.a allah swt.
  • penawaranya tidak terhad iaitu sangat banyak.
  • tidak ada harga iaitu tidak dikenakan sebarang harga.
  • tidak wujud kos lepas.
  • contoh : air laut, udara, cahaya matahari
B. Barang awam
  • barang awam biasanya disediakan oleh pihak kerajaan.
  • penawaranya terhad dan sedikit.
  • tidak dikenakan bayaran,jika dikenakan hanya sedikit sahaja.
  • tidak tertakhluk kepada prinsip pengecualian iaitu sesiapapun tidak ada hak untuk melarang menggunakan barang awam.
  • wujud kos lepas.
  • contoh : lampu jalan.
C. Barang Ekonomi.
  • biasanya disediakan oleh pihak swasta.
  • penawaranya terhad.
  • ada harga iaitu dikenakan bayaran terhadap barang yang digunakan.
  • tertakhluk kepada prinsip pengecualian iaitu sesiapa yang membayar mempunyai hak ke atas barang tersebut.
  • wujud kos lepas.
  • contoh : pen, basikal.

SOALAN STPM :
  1.  Berikan maksud ekonomi.
  2. Huraikan ciri-ciri barang ekonomi,awam dan swasta.
  3. Bezakan antara barang awam dan barang ekonomi.
  4. Bezakan antara air mineral dan air sungai.

No comments:

Post a Comment