Sunday, 22 January 2012

Bab 1 : Faktor-faktor pengeluaran.
           : Buruh (B), Tanah (T), Modal (M), Usahawan (U).

A. BURUH.
  • Buruh ialah individu yang menyumbangkan tenaga fizikal dan mental dalam proses pengeluaran.
  • Ganjaran kepada buruh ialah upah.
  • Terdapat dua kategori buruh , iaitu :
1. Buruh mahir : mendapat pendidikan yang tinggi (ijazah) dan latihan kemahiran dan ikhtisas.
2.Buruh tidak mahir : mendapat pendidikan rendah , spm dan tidak mendapat latihan ikhtisas.

B.TANAH.
  • Tanah ialah anugerah alam semulajadi ciptaan tuhan yang berada diatas permukaan bumi dan juga dalam bumi.
  • Ganjaran kepada tanah ialah sewa.
  • Maka sumber tanah temasuklah garam galian, bijih timah, ikan dilautan.
C. MODAL.
  • Modal ialah alat yang digunakan untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan.
  • pulangan kepada modal ialah faedah dan bunga.
  • Terdiri 2 modal iaitu :
1. Modal fizikal : jentera,kilang dan kenderaan.
2. Modal cair : wang.

D. USAHAWAN.
  • Individu yang mengabungkan semua faktor pengeluaran yang lain iaitu buruh,tanah dan modal dalam proses pengeluaran.
  • pulangan kepada usahawan ialah untung.
  • Usahawan perlu menanggung risiko perniagaan.
Soalan stpm : Huraikan 4 ciri faktor pengeluaran .
                    ( 6 markah ).



1 comment: