Tuesday 9 July 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera

kepada pembaca blog saya.

Saya mohon maaf kerana disaat ini saya tidak mengupdate ilmu-ilmu yang ingin dikongsikan kerana saya sedang menuntut ilmu di peringkat ijazah. Admin sekarang telah mengambil program SARJANA MUDA PERAKAUNAN di UMT, dan akan memasuki tahun kedua. Jika ada pertanyaan, anda boleh emailkan kepada saya sahaja. MAAF, MOGA cemerlang warga berilmu. STPM.

juga boleh hubungi di facebook https://www.facebook.com/faedz.bza

Saturday 26 January 2013



Bab 8 : Upah, Untung, Sewa dan Faedah.


Soalan : Kenapa upah berbeza? Jelaskan

1.       Perbezaan tahap pendidikan dan latihan kemahiran.

-          Individu yang berpendidikan tinggi dan mendapat latihan kemahiran seperti ijazah mendapat upah yang lebih tinggi. Contoh, guru. Manakala, individu yang mendapat pendidikan dan latihan rendah biasannya mendapat upah yang rendah. Contoh, tukang sapu yang berkelulusan PMR.

2.       Perbezaan tanggungjawab.

-          Individu yang tanggungjawabnya besar , contoh pengetua mendapat upah yang lebih tinggi. Manakala, guru biasa tanggungjawabnya lebih kecil dan mendapat upah yang lebih rendah.

3.       Perbezaan pengalaman.

-          Individu yang mempunyai pengalaman yang banyak biasanya tempoh bekerjanya lebih lama akan mendapat upah yang lebih tinggi. Manakala, pekerja baru biasanya upah rendah kerana kurang pengetahuan.

4.       Perbezaan risiko kerja .

-          Individu yang mempunyai risiko perkerjaan yang tinggi akan mendapat upah yang lebih tinggi misalnya pemandu kapal terbang. Manakala, individu yang risiko kerjayanya rendah mendapat upah yang rendah, misalnya pemandu teksi.


Friday 27 April 2012



Soalan :

1.      Terangkan kesan terhadap keluk penawaran ikan apabila berlaku perkara berikut :

(a)   Peningkatan subsidi diesel oleh pihak kerajaan.

HURAIAN :
·         Berdasarkan rajah, paksi  x ialah harga (rm), paksi y pula kuantiti (unit) bagi keluk penawaran ikan (unit), s0s0 ialah keluk penawaran ikan asal, q0 pula kuantiti (unit) penawaran ikan  asal dan po ialah harga penawaran asal.
·         Apabila kerajaan meningkat subsidi diesel, maka harga diesel di pasaran akan rendah. Kos pengeluran penangkapan ikan semakin rendah. Kesannya, penawaran ikan di pasaran akan bertambah. Keluk penawaran ikan (ss) akan beralih ke kanan dari s0s0 ke s1s1. Pada tingkat harga yang sama, kuantiti (unit) penawaran ikan bertambah menjadi q1 , iaitu sebanyak q0q1.

(b)   Peningkatan kegiatan pelancongan di pantai kawasan nelayan menangkap ikan.

HURAIAN

·         Berdasarkan rajah, kegiatan pelancongan di kawasan pantai nelayan membuat penangkapan ikan memberi kesan negatif ke atas ekosisitem di kawasan itu.

·         Kesannya, hasil penangkapan ikan akan merosot oleh nelayan. Oleh itu, penawaran ikan di pasaran turut berkurang. Keluk penawaran ikan (s0s0) akan beralih ke kiri dari s0s0 ke s1s1. Pada tingkat harga yang sama iaitu pada p0, kuantiti(unit) ikan dipasaran berkurang menjadi q1 . iaitu pengurangan sebanyak q0q1.


Assalamulaikum wbt dan salam ukhwah, ruangan ini saya sedikan tips menjadi pelajar dinamik dalam dunia dan akhirat.

ISLAM adalah agama yang lengkap dan sempurna, agama progresif dan dinamik yang amat menggalakkan agar umatnya berjaya di dalam kehidupan di dunia dan di Akhirat.

Sebelum memburu kejayaan yang dicita-citakan perkara penting yang perlu diperhatikan adalah membina dahulu cemerlang dalam akhlak dan keperibadian dan perhubungan sesama manusia. Seorang insan perlulah berusaha dan memenuhi syarat ini terlebih dahulu, barulah ia akan jadi pelengkap kepada kejayaan.

Apakah ciri-ciri kejayaan yang di pelopori oleh pejuang dan cendikiawan Islam yang telah berjaya memberi sumbangan yang besar ke atas kehidupan manusia? Bolehlah kita mengambil contoh kejayaan tokoh-tokoh Islam terdahulu dari sudut personaliti,keluarga, kerjaya, agama, ketamadunan, politik dan ekonomi.

Kejayaan mereka menguasai ilmu dan mempraktikan ilmu yang dimiliki, telah terbukti dalam sejarah Islam, ianya telah mencipta sejarah kecemerlangan hingga di guna pakai sehingga ke hari ini. Tokoh-tokoh yang telah berjaya ini mempunyai sifat cemerlang yang tiada tolak bandingnya. Terdapat beberapa ciri penting sifat kecemerlangan mereka ialah :

1.Niat yang Betul.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud, “ Setiap amalan adalah dengan niat.” (Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Sayyidina Umar al-Khattab)

Oleh itu kalian harus sentiasa memasang dan membetulkan niat sebelum memulakan apa jua pekerjaan, samaada yang berbentuk ibadah atau pun amal kebiasaan. Niat ini adalah semata-mata untuk mencari keredhaan Allah s.w.t.

2.Ada Wawasan dan Matlamat.
Kalian perlulah meletakkan wawasan dan matlamat dalam hidup. Matlamat bersih dan jalan untuk mencapai matlamat tersebut juga mesti bersih. Kalian tidak boleh menggunakan kaedah, ‘Matlamat boleh menghalalkan cara’. Kalian terikat dengan peraturan dan hukum Islam. Matlamat dunia kalian mestilah berkaitan dengan kehidupan di akhirat.

3.Berani dan Sanggup Berkorban.
Tokoh-tokoh Islam terdahulu sanggup untuk bersusah payah menuntut ilmu bermusafir beribu-ribu batu untuk berguru dengan guru-guru mursyid. Sultan Sallehudin al-Ayubi berjuang berkali-kali baru dapat mengalahkan tentera Salib dan menawan semula Palestin dan Sultan Muhammad al-Fateh pula berjaya menawan Kota Istanbul setelah mencuba beberapa kali. Khalid al-Walid mengharungi 100 peperangan dan membunuh lebih 5000 orang musuh dalam perang Yarmuk.

4.Sentiasa Menambah Ilmu.
Bagaimana tokoh terdahulu menguasai ilmu pengetahuan? Imam Bukhari dan Imam Muslim menguasai ratusan ribu hadis disertai dengan menghafal perawi-perawinya. Bagaimana Imam Ahmad bin Hambal memberi fatwa kepada 60,000 masaalah dengan disertai dalil.

5.Memberi Tumpuan (fokus).
Kalian hendaklah memberi tumpuan sepenuhnya kepada apa yang sedang dilakukan.Kuasa tumpuan (fokus) mampu menghasilkan kejayaan yang cemerlang. Contohnya lihat sahaja Jabir bin Abdullah sanggup menempuh perjalanan selama sebulan ke Mesir semata-mata mencari sepotong hadis.

6.Daya Tahan yang Tinggi.
Untuk berjaya perlu bekerja dengan lebih keras dan komited. Jangan cepat menyerah kalah. Gunakan masa hingga ke tahap maksima dan hendaklah sentiasa istiqamah dan berterusan.

7.Memiliki Sifat-sifat Mahmudah.
Untuk mencapai kejayaan yang cemerlang, perkara yang paling penting kalian hendaklah mendidik dan memperbaiki diri kalian hingga ketahap memiliki sifat-sifat mahmudah iaitu sifat-sifat warak, sabar, amanah, jujur, ikhlas dan syukur pada masa yang sama membuangkan sifat-sifat mazmumah iaitu sifat suka marah, hasad dengki, ujub, riak, sombong dan takabur. Tanpa adanya sifat-sifat yang mulia ini tidak mungkin kalian akan mampu menjadi cemerlang, ini adalah kerana sifat-sifat yang keji atau mazmumah adalah sifat negatif yang akan mendorong kepada kegagalan dan kekecewaan.

Akhir kata jadikanlah diri kalian insan cemerlang di dunia ini dengan mendapat kejayaan dalam kerjaya dan perjuangan hidup dan mendapat keredhaan Allah s.w.t. Dan juga menjadi insan cemerlang di hari Akhirat dengan dikurniakan-Nya balasan Syurga dan di jauhi dari siksaan Neraka.



SOALAN :



1.      BEZAKAN ANTARA PERUBAHAN KUANTITI DITAWARKAN DENGAN PERUBAHAN PENAWARAN?                                              



                                                                    (10 MARKAH)

FOKUS :      
·         MAKSUD
·         RAJAH
·         HURAIAN

JAWAPAN.

1.      PERUBAHAN KUANTITI DITAWARKAN.

·         Maksud :  perubahan kuantiti ditawarkan disebabkan oleh perubahan harga barang itu sendiri. Jika harga barang itu jatuh , kuantiti ditawarkan turut berkurang. Sebaliknya, jika harga barang itu meningkat, maka kuantiti yang ditawarkan turut bertambah.

·         Rajah :

·         Huraian :
-          Huraian rajah asal.
-          Pada harga po, kuantiti yang ditawarkan (unit) pada tingkat asal ialah Q0. Jika harga barang itu meningkat dari p0 ke p1, kuantiti yang ditawarkan (unit) turut bertambah dari Q0 ke Q1. Hal ini dinamakan sebagai pengembangan penawaran dari titik A ke titik B pada keluk yang sama.
-          Manakala, jika haga turun dari p0 ke p2, maka kuantiti yang ditawarkan (unit) sesuatu barang di pasaran turut berkurang dari Q0 ke Q2. Hal ini dinamakan sebagai pengucupan penawaran dari titik A ke titik C.
2.      PERUBAHAN PENAWARAN.
·         Maksud : perubahan penawaran disebabkan oleh factor-faktor lain yang mempengaruhi penawaran. Misalnya tingkat teknologi, harga factor, bilangan pengeluar dan lain-lain lagi.
·         Rajah :

·         Huraian :
-          Huraian rajah asal.
-          Menurut hukum penawaran, jika penawaran Sesuatu barang bertambah akibat bukan disebabkan harga barang itu sendiri, maka keluk penawaran akan beralih ke kanan. Sebaliknya, jika penawaran Sesutu barang berkurang, maka keluk penawaran akan beralih ke kiri.
-          Dengan harga barang itu sendiri iaitu pada tingkat P0, P0 ialah tingkat harga asal, kuantiti ditawar asal pada Q0, dan penawaran dipengaruhi oleh faktor-faktor lain selain harga seperti peningkatan teknologi.
-          Jika teknologi meningkat, daya pengeluaran akan bertambah, penawaran Sesutu barang (unit) turut bertambah. Maka keluk penawaran ss akan beralih kekanan dari s0s0 ke s2s2. Kuantiti diwarkan bertambah menjadi Q2. Berlaku pertambahan kuantiti penawaran (unit) sebanyak Q0Q2.
-          Sebaliknya, jika tingkat teknologi menurun akibat kerosakkan mesin, dengan harga masih pada P0, daya pengeluaran menurun akan berlakunya pengeluaran dan penawaran berkurang di pasaran. Keluk penawaran SS akan beralih ke kiri dari S0S0 ke S1S1. Kuantiti ditawarkan berkurang menjadi Q1, iaitu berlaku pengurangan sebanyak Q0Q1.


Thursday 26 April 2012



BAB 3
Soalan :

1.      Huraikan faktor-faktor / sebab-sebab yang mempengaruhi keluk penawaran?

2.      Jelaskan sebab Mengapa keluk penawaran beralih ke kanan / ke kiri.

Jawapan.
  • Tingkat teknologi : apabila tingkat teknologi pengeluaran sesuatu barang bertambah ( penggunaan mesin dan jentera yang banyak ), maka daya pengeluaran akan meningkat. Kesannya, penawaran akan bertambah di pasaran. Keluk penawaran akan beralih ke kanan dari ss ke s1s1. Sebaliknya, jika tingkat teknologi menurun/ susut nilai, misalnya mesin rosak ataupun bencana, maka daya pengeluaran menurun, penawaran di pasaran akan berkurang. Keluk penawaran akan beralih ke kiri dari ss ke s2s2.
  • Keadaan Cuaca : jika keadaan cuaca yang baik, pengeluaran sesuatu barang akan bertambah, penawaran di pasaran turut bertambah, keluk penawaran (ss) akan beralih ke kanan dari ss ke s1s1.  Sebaliknya, jika cuaca tidak baik/ buruk seperti banjir, pengeluaran sesuatu barang akan berkurang di pasaran . penawaran akan berkurang di pasaran , keluk penawaran (ss)  akan beralih ke kiri dari ss ke s2s2.
  • Bilangan pengeluar : jika bilangan pengeluar barang x (unit) banyak di pasaran, maka pengeluaran barang x(unit) bertambah di pasaran. Keluk penawaran barang x(unit) akan beralih ke kanan dari ss ke s1s1. Sebaliknya, jika bilangan pengeluar barang x (Unit) berkurang di pasaran, maka pengeluaran / penawaran barang x (unit) di pasaran turur berkurang. Keluk penawran barang x akan beralih ke kiri dari ss ke s2s2.
  • Harga faktor / kos pengeluaran : jika harga faktor pengeluaran seperti harga sewa tanah meningkat, maka pengeluaran sesuatu barang akan berkurang. Keluk penawaran akan beralih ke kiri dari ss ke s1s1. Sebaliknya, jika harga faktor pengeluaran berkurang, maka pengeluran sesuatu barang akan bertambah. Hal ini kerana kos pengeluaran semakin mengecil. Keluk penawran ss akan beralih ke kanan dari ss ke s2s2.


Bab 3.

Penawaran.

·         DEFINISI PENAWARAN INDIVIDU : kuantiti barang yang sanggup ditawarkan (barang x) oleh seseorang pengeluar pada masa, tempat dan tingkat masa tertentu.

·         DEFINISI PENAWARAN PASARAN : jumlah kuantiti barang yang sanggup ditawarkan oleh semua pengeluar terhadap suatu barang pada masa, tempat dan tingkat harga tertentu.

·         HUKUM PENAWARAN : Semakin tinggi tinggi tingkat harga suatu barang/produk, semakin bertambah kuantiti barang yang ditawarkan oleh pengeluar. Hukum penawaran menyatakan bahawa harga dan kuantiti barangan yang ditawarkan berhubungan secara positif.

Soalan :

1.      Bagaimanakah keluk penawaran pasaran diterbitkan ?

FOKus :

·         Definisi penawaran pasaran.
·         Jadual.
·         Rajah.
·         Huraian.

1.      Definisi penawaran pasaran : jumlah kuantiti barang yang sanggup ditawarkan oleh semua pengeluar terhadap suatu barang pada masa, tempat dan tingkat harga tertentu.

2.      Jadual :


Harga barang J
(unit)
Kuantiti ditawar firma a (unit)
Kuantiti ditawar firma b (unit)
Kuantiti ditawar pasaran (unit)
Kombinasi.
3
2
4
6
y
6
4
8
12
z


3.      Rajah.



4.      Huraian.
·         Huraian rajah asal : berdasarkan rajah , SaSa ialah keluk penawaran firma a, SbSb, keluk penawaran firma b, SpSp keluk penawaran pasaran. Keluk penawaran pasaran diperoleh dengan mencampurkan secara mendatar keluk penawaran individu dengan contoh kira-kira di jadual.
·         Contoh, pada harga rm 3, firma a menawarkan 2 unit barang j, manakala firma b menawarkan 4 unit barang j. oleh itu, penwaran di pasaran adalah sebanyak 6 unit ( 2 unit + 4 unit) barang j.  Hal ini dapat dilihat pada titik y , rajah c.
·         Apabila berlaku peningkatan harga dari rm 3 ke rm 6, berlaku pertambahan penawaran. Hal ini dapat dilihat, pada tingkat harga rm 6 firma a menawarkan sebanyak 4 unit ( berlaku peningkatan sebanyak 4 unit). Manakala, firma b menawarkan sebanyak 8 unit ( berlaku peningkatan sebanyak 4 unit). Oleh itu, penawaran pasaran adalah sebanyak 12 unit ( 4 unit + 8 unit) barang j. hal ini dapat dilihat pada titik z , rajah c.
·         Apabila titik y dan z disambungkan, maka terbentuklah keluk penawaran pasaran barang j (unit) SpSp.
·         Kesimpulanya, peningkatan harga barang j mematuhi hukum penawaran iaitu apabila berlaku peningkatan tingkat harga, maka kuantiti yang ditawarkan turut bertambah oleh firma. Hubungan positif antara harga dan kuantiti yang ditawarkan.





BAB 3


SOALAN.

1.      Terangkan kesan terhadap keluk permintaan daging ayam apabila berlaku perkara berikut :

(a)   Pengiklanan yang berkesan oleh syarikat KENTUCKY FRIED CHICKEN (KFC).

·         Pengiklanan yang berkesan menyebabkan permintaan daging ayam meningkat. Maka , keluk permintaan daging ayam (unit) akan beralih kekanan pada tingkat harga yang sama pada p0. Keluk beralih dari dd ke d1d1. Kuantiti daging ayam turut bertambah dari Q0 ke Q1.
(B) Menjelang musim perayaan hari raya Aidilifitri.

·         Menjelang musim perayaan hari raya Aidilfitri , permintaan daging ayam akan bertambah. Kesannya, keluk permintaan daging ayam (unit) akan beralih ke kanan dari D1D1 ke D2D2. Kuantiti daging ayam (unit) turut bertambah dari Q1 ke Q2.
( c) Kajian membuktikan ikan lebih mendatangkan khasiat.

·         Kajian membuktikan ikan lebih mendatangkan khasiat kepada manusia akan memberi kesan terhadap permintaan daging ayam (unit). Hal ini demikian kerana ikan dan daging merupakan barang pengganti. Permintaan ikan bertambah menyebabkan permintaan daging ayam akan berkurang. Maka, keluk permintaan daging ayam beralih ke kiri dari D0DO ke D1D1. Pada tingkat harga yang sama iaitu pada P0, kuantiti permintaan daging ayam turut berkurang dari Q0 ke Q1.




Soalan :

1.      Huraikan 5 langkah yang diperlukan oleh pengeluar  yang ingin meningkatkan kuantiti jualan.

Jawapan :

·         Harga barang diturunkan : penurunan harga akan menaikkan permintaan ke atas barang dan seterusnya meningkatkan kuantiti jualan.

·         Menambah pengeluaran mengikut musim : sesetengah pengeluar perlu bijak untuk menambah pengeluaran mengikut musim tertentu bagi meningkatkan hasil jualan. Contoh, pengeluar payung boleh meningkatkan pengeluaran payung pada musim hujan kerana  permintaan payung yang meningkat pada musim tersebut, seterusnya meningkatkan kuantiti jualan.

·         Tingkatkan iklan dan promosi berkenaan barang keluaran firma : langkah ini boleh meningkatkan permintaan ke atas suatu barang dan meningkatkan kuantiti jualan. Pengeluar boleh memaparkan kebaikan produk, mata gamjaran di media massa bagi menarik minat pengguna.

·         Keluarkan barang mengikut citarasa pengguna : contoh, remaja perempuan kini yang meminati tudung-tudung fesyen terkini seperti bawal,wardina dan mawi.

·         Keluarkan barang mengikut struktur penduduk : contoh, jika penduduk lebih ramai dalam kalangan remaja, maka lebih barangan remaja dikeluarkan untuk meningkatkan permintaan dan kuantiti jualan.





BAB 3.

Soalan :

1.      Bezakan diantara perubahan kuantiti diminta dengan perubahan permintaan.

                                              ( 10 markah ).

Fokus :

1.      Maksud.
2.      Rajah.
3.      Huraian.

1.      Maksud :

o   Perubahan kuantiti diminta : perubahan kuantiti diminta disebabkan oleh perubahan harga barang itu sendiri dan diandaikan faktor lain tetap. Perubahan kuantiti diminta hanya melibatkan pergerakan di sepanjang keluk permintaan.

o   Perubahan permintaan : perubahan permintaan pula disebabakan faktor-faktor lain yang mempengaruhi permintaan walaupun tidak berlaku perubahan tingkat harga. Hal ini akan menyebabkan berlakunya perubahan / perpindahan keluk permintaan ke kanan atau ke kiri.

2.      Rajah perubahan kuantiti diminta.


3.      Huraian perubahan kuantiti :

o   Berdasarkan rajah, keluk DD ialah keluk permintaan. Diandaikan , apabila harga sesuatu barang meningkat dari po ke p1, maka kuantiti yang diminta akan berkurang iaitu dari Q2 ke Q1. Hal ini dinamakan sebagai proses pengucupan permintaan.

o   Sebaliknya, apabila harga sesuatu barang berkurang dari Po Ke P2, maka kuantiti yang diminta akan bertambah dari Q2 ke Q3. Hal ini dinamakan proses perkembangan permintaan.

o   Secara tuntas, perubahan kuantiti yang diminta apabila harga naik dari P0 ke P1, hanya melibatkan pergerakan dari titik A ke titik B sepanjang keluk DD. Sebaliknya, apabila harga sesuatu barang turun iaitu dari P0 ke P2, titik A akan beralih ke titik C di sepanjang keluk DD. Wujud hubungan negative diantara harga dan kuantiti diminta.

4      Rajah perubahan permintaan.

5.      Huraian perubahan permintaan.
o   Berdasarkan rajah, diandaikan harga barang A adalah tetap pada P0. Jika pendapatan individu meningkat, maka kuasa  beli pengguna bertambah, maka permintaan barang A akan bertambah. Oleh itu, keluk permintaan beralih ke kanan dari D0DO ke D2D2 dengan harga tetap pada P0.
o   Sebaliknya, jika pendapatan individu berkurang, maka kuasa beli pengguna turut menurun, maka permintaan barang A akan turut berkurang. Keluk permintaan akan beralih ke kiri dari D0D0 ke D1D1 dan harga tetap pada P0.


BAB 3.

Soalan :

1.      Jelaskan faktor-faktor / sebab-sebab yang mempengaruhi permintaan suatu barang di pasaran.

2.      Jelaskan sebab-sebab yang berlakunya perpindahan keluk permintaan ke kanan / ke kiri.

# Jawapan untuk soalan 2 perlu berhati-hati. Jika sebab perpindahan keluk ke kanan, perlu jelaskan sebab perpindahan keluk ke kanan sahaja. Kegagalan calon menepati kehendak soalan merugikan markah yang ingin diperolehi.

Jawapan :

·         Musim : Musim akan mempengaruhi permintaan individu di pasaran. Bagi membeli barang dan perkhidmatan. Contoh, pada musim perayaan aidilfitri, permintaan tepung jagung akan bertambah dari keadaan biasa. Oleh itu, keluk permintaan tepung jagung (dd) akan beralih ke kanan dari d0d0 ke d1d1.

·         Pendapatan : Apabila pendapatan seseorang individu bertambah, maka kuasa beli individi tersebut akan bertambah. Maka keluk permintaan suatu barang akan beralih ke kanan. Sebaliknya, jika pendapatan seseorang individu berkurang, kuasa beli barang akan menurun. Oleh itu, keluk permintaan suatu barang akan beralih ke kiri.

·         Dasar kerajaan :

-          Cukai : jika pihak kerajaan menurunkan kadar cukai pendapatan individu, maka pendapatan benar individu akan bertambah, oleh itu permintaan terhadap suatu barang turut bertambah. Keluk permintaan individu beralih ke kanan dari d0d0 ke d1d1.

-          Subsidi : jika pihak kerajaan mengurangkan kadar subsidi kepada pihak pengeluar, maka kos pengeluaran akan meningkat, tingkat harga suatu barang turut meningkat. Oleh itu, permintaan barang tersebut akan berkurang, keluk permintaan akan beralih ke kiri dari d0d0 ke d2d2.

·         Jangka harga pada masa hadapan : Diandaikan jangkaan harga barang A akan meningkat pada keesokkan harinya, maka memberi kesan pada hari ini. Permintaan barang A akan meningkat pada hari ini, keluk permintaan barang A akan beralih ke kanan dari d0d0 ke d1d1.

·         Cita rasa : kecenderungan pengguna memiliki sesuatu barang yang dipengaruhi oleh trend atau fesyan semasa. Terdapat dua kategori citarasa iaitu citarasa positif (cp) dan citarasa negative (cn). Misalnya cp ialah trend mewarnakan rambut, maka permintaan dye rambut akan bertambah, keluk permintaan dye rambut akan beralih ke kanan dari d0d0 ke d1d1.

Soalan :

1.      Jelaskan 3 sebab harga dan kuantiti diminta berhubungan secara negatif.

Jawapan.

o   Kesan gantian : Jika harga sesuatu barang menurun, barang berkenanaan secara relatifnya lebih murah daripada barang penggantinya. Oleh sebab itu, individu yang rasional akan menambahkan pembelian barang ini berbanding barang penggantinya. Dengan itu, wujud hubungan sonsang antara harga dengan kuantiti diminta suatu barang di pasaran.

o   Kesan pendapatan : Apabila harga barang turun, maka pendapatan benar individu  akan bertambah. Kuasa beli dan kemampuan berbelanja individu meningkat dan mendorong menambahkan pembelian. Oleh itu, wujud hubungan sonsang antara harga dan kuantiti diminta.

o   Kesan utiliti sut : Apabila kuantiti barang sedikit, utiliti sut tinggi. Manakala , kuantiti barang  yang banyak , utiliti sut rendah. Maka harga barang perlu diturunkan,kuantit diminta akan bertambah. Wujud hubungan negative